awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Von der Leyen hadapi undi tidak percaya Parlimen EU Oktober ini

Bernama
Bernama
16/09/2025
22:40 MYT
Von der Leyen hadapi undi tidak percaya Parlimen EU Oktober ini
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen bakal berdepan dua usul undi tidak percaya di Parlimen Eropah pada Oktober. - Gambar Reuters
BRUSSELS: Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen bakal berdepan dua usul undi tidak percaya di Parlimen Eropah pada Oktober, menurut sumber kepada agensi berita Jerman (dpa) pada Selasa.
Presiden Parlimen Eropah, Roberta Metsola telah memaklumkan Ahli Parlimen bahawa kedua-dua usul itu mendapat sokongan mencukupi.
Mengikut peraturan Parlimen, sesuatu usul kecaman memerlukan sokongan sekurang-kurangnya satu per sepuluh daripada 719 ahli Parlimen Kesatuan Eropah (EU) sebelum perbahasan dan pengundian boleh diadakan.
Dua kumpulan politik, iaitu sayap kiri The Left dan parti sayap kanan Patriots for Europe mengumumkan usul itu minggu lepas, hanya beberapa jam selepas von der Leyen menyampaikan ucapan penting kepada Ahli Parlimen yang menggariskan keutamaan beliau untuk tahun-tahun mendatang.
Patriots for Europe mengkritik dasar ekonomi suruhanjaya, manakala The Left menuduh suruhanjaya gagal bertindak terhadap keadaan yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza.
Von der Leyen sebelum ini mudah melepasi undi tidak percaya pada Julai lepas, apabila 360 Ahli Parlimen menolak usul berkenaan manakala 175 menyokong - jauh lebih rendah daripada majoriti dua pertiga undi yang diperlukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Suruhanjaya Eropah
#Ursula von der Leyen
#undi tidak percaya
#Parlimen EU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan