awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wabak cacar monyet, California isytihar darurat

Bernama
Bernama
02/08/2022
09:16 MYT
Wabak cacar monyet, California isytihar darurat
Amerika Syarikat telah merekodkan kira-kira 5,000 kes cacar monyet, dengan California dan New York mencatat jangkitan tertinggi setakat ini. - AP
ANKARA: Gabenor California pada Isnin mengisytiharkan darurat susulan peningkatan kes jangkitan cacar monyet di wilayah itu, lapor Agensi Anadolu.
"California menerusi pelbagai agensi kerajaan sedang berusaha untuk mengekang penyebaran wabak, meningkatkan kadar ujian, pengesanan kontak rapat dan mengadakan kerjasama dengan komuniti setempat bagi memastikan mereka yang paling berisiko mendapat vaksin, dan rawatan yang sewajarnya," kata Gabenor California Gavin Newsom dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa negeri telah mengagihkan lebih 25,000 dos vaksin sebagai tambahan kepada peruntukan vaksin sedia ada yang dihantar ke Los Angeles Kaunti.
Amerika Syarikat telah merekodkan kira-kira 5,000 kes cacar monyet, dengan California dan New York mencatat jangkitan tertinggi setakat ini, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
Illinois merekodkan sekitar 520 kes.
Terdahulu pada Isnin, Gabenor J.B. Pritzker turut mengumumkan darurat di Illinois.
Golongan lelaki yang melakukan hubungan sejenis adalah yang paling teruk terjejas, tetapi pakar memberi amaran bahawa mana-mana pihak yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit atau barangan peribadi mereka turut berisiko dijangkiti.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global pada 23 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#California
#WHO
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan