awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wabak selesema burung dilaporkan di Jerman, Portugal

Bernama
Bernama
04/09/2025
21:30 MYT
Wabak selesema burung dilaporkan di Jerman, Portugal
Menurut laporan terbaru WOAH, wabak selesema burung dalam kalangan mamalia meningkat lebih dua kali ganda pada 2024 berbanding 2023 —1,022 berbanding 459 — di 55 negara seluruh dunia. - Foto WOAH
PARIS: Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) yang berpusat di sini pada Rabu melaporkan bahawa wabak virus selesema burung H5N1 yang sangat patogenik telah berlaku baru-baru ini di ladang di Jerman dan Portugal, mengakibatkan kematian lebih 1,000 ekor ayam itik, lapor Xinhua.
Pada 1 Sept, wabak selesema burung berlaku di sebuah ladang di Hadenfeld, utara Jerman, yang menjejaskan 2,800 ekor ayam penelur. Daripada jumlah itu, 100 ekor mati dan selebihnya dimusnahkan.
Pada 2 Sept, sebuah ladang di Samora Correia, berhampiran Lisbon, turut melaporkan wabak selesema burung yang menjejaskan lebih 250,000 ekor itik pedaging, dengan 1,011 ekor daripadanya mati dan selebihnya dimusnahkan.
Punca jangkitan dalam kedua-dua wabak itu masih belum dikenal pasti.
That's not all. These figures are not isolated, they reflect a wider, global shift. According to our latest report, infectious diseases are invading new regions and species, especially where ecosystems and food supplies are most vulnerable Outbreaks of avian influenza in mammals pic.twitter.com/gYJWakISJU
— World Organisation for Animal Health (@WOAH) August 30, 2025
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bird flu
#selsema burung
#Portugal
#Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan