awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wabak selesema burung landa Jerman, kira-kira 400,000 haiwan dimusnahkan

Bernama
Bernama
26/10/2025
20:40 MYT
Wabak selesema burung landa Jerman, kira-kira 400,000 haiwan dimusnahkan
Itik yang akan dimusnahkan ditempatkan dalam sangkar bertingkat di sebuah ladang di Neuhardenberg, susulan wabak selesema burung, di Brandenburg, Jerman, 26 Okt 2025. REUTERS
BERLIN: Lebih 30 ladang ternak ayam itik komersial di Jerman terpaksa memusnahkan haiwan ternakan mereka susulan penularan wabak selesema burung, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Ahad yang memetik institut kesihatan haiwan negara itu.
Menurut tinjauan awal, kira-kira 400,000 ekor ayam, itik, angsa dan ayam belanda telah dimusnahkan dan dilupuskan bagi mengelak penularan penyakit itu ke kawasan lain.
"Kami pernah merekodkan angka hampir sama pada 2021, yang merupakan "tahun selesema burung" paling serius setakat ini. Adalah mustahil untuk meramal perkembangan seterusnya, namun Friedrich-Loeffler-Institut (FLI) menjangkakan peningkatan lanjut dalam jumlah kes dan wabak," kata ketua institut itu, Christa Kuhn. "Situasinya kekal sangat dinamik."
Kehilangan terbesar dilaporkan berlaku di negeri timur laut Mecklenburg-Vorpommern dan Brandenburg yang mengelilingi Berlin, dengan hampir 150,000 ekor ayam penelur dimusnahkan di dua lokasi di Mecklenburg-Vorpommern.
Pada Ahad, sebuah daerah di negeri timur Brandenburg turut mengumumkan bahawa 130,000 lagi ekor unggas akan dimusnahkan selepas pengesanan kes baharu selesema burung.
Beribu-ribu haiwan ternakan lain turut dimusnahkan sebagai langkah pencegahan di beberapa negeri Jerman selepas analisis FLI mengesahkan jangkitan virus selesema burung H5N1 yang sangat mudah berjangkit.
Burung liar yang berhijrah ke kawasan selatan dikenal pasti sebagai pembawa utama virus berkenaan. Walaupun penyakit itu kini wujud sepanjang tahun di Jerman, risiko jangkitan meningkat mendadak ketika musim penghijrahan burung pada musim luruh.
Menurut FLI, gelombang jangkitan semasa bermula lebih awal daripada kebiasaan. Burung jenjang juga dilaporkan terjejas pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini, terutamanya di barat laut Brandenburg, apabila banyak haiwan itu mati dalam jumlah besar.
Kuhn berkata virus selesema burung H5N1 dikesan dalam 65 kes melibatkan burung liar, namun jumlah sebenar haiwan yang dijangkiti dan mati dipercayai jauh lebih tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#selesema burung
#Jerman
#haiwan ternakan
#penularan penyakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan