awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wabak taun terus merebak di Sudan - PBB

Bernama
Bernama
16/11/2023
05:40 MYT
Wabak taun terus merebak di Sudan - PBB
Kira-kira dua pertiga daripada penduduk Sudan kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan manakala lebih 70 peratus kemudahan kesihatan di kawasan konflik tidak lagi berfungsi. - Gambar/ Reuters
NEW YORK: Wabak taun di Sudan terus menular di saat akses kepada penjagaan kesihatan berdepan kekangan manakala perang saudara berterusan, menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) pada Rabu.
OCHA memetik bahawa Kementerian Kesihatan Persekutuan negara itu dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa tujuh daripada 18 negeri merekodkan hampir 3,000 kes disyaki taun termasuk 89 kematian setakat 12 Nov, lapor Xinhua.
"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan rakan kongsinya sedang meningkatkan tindak balas terhadap wabak itu termasuk membantu pengesanan dan rawatan kes.
"Kempen vaksinasi dijangka bermula di negeri-negeri yang terjejas menjelang akhir November," menurut OCHA.
Petugas kemanusiaan berkata kira-kira dua pertiga daripada penduduk Sudan kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan manakala lebih 70 peratus kemudahan kesihatan di kawasan konflik tidak lagi berfungsi.
Sejak perang tercetus pada April, WHO mengesahkan berlaku 60 serangan terhadap institusi penjagaan kesihatan di Sudan.
Wabak taun mula dilaporkan di negeri timur Gedaref dan tidak lama kemudian terus merebak di Khartoum, ibu negara Sudan menurut WHO.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sudan
#perang saudara
#wabak taun
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan