[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati dan Suami Susulan Dakwaan Program Motivasi Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Di Sini
INTERNATIONAL

Wain ular tidak menjadi, lelaki dalam keadaan kritikal

Astro Awani 02/06/2021 | 01:28 MYT
Reptilia berbisa yang mematuk itu dikenali sebagai 'Chinese copperhead' atau ular 100 tapak, iaitu merujuk kepada berapa langkah mangsanya mampu ambil sebelum maut selepas dipatuk. - Gambar hiasan
SEORANG lelaki di China dalam keadaan kritikal akibat dipatuk ular selepas cuba menangkap reptilia itu bagi membuat wain tradisi.

Mangsa yang dikenali sebagai Yu, 63 tahun, terpaksa menjalani pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya, menurut laporan hospital yang diterbitkan pada 27 Mei.

Yu dikejarkan ke Hospital Hangzhou di wilayah Zhejiang susulan kejadian yang dilaporkan berlaku di rumah jirannya.

Menurut laporan itu lagi, reptilia berbisa yang mematuk itu dikenali sebagai 'Chinese copperhead' atau ular 100 tapak, iaitu merujuk kepada berapa langkah mangsanya mampu ambil sebelum maut selepas dipatuk.

Wain ular biasanya dibuat dengan merendam keseluruhan ular dalam alkohol.

Ia dikatakan mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit, meningkatkan kecergasan dan tenaga batin.

Ketika kejadian, Yu sedang memasukkan ular berkenaan ke dalam guni sebelum dipatuk di bahagian pergelangan tangan, menurut portal berita Newsweek memetik laporan hospital.



#ular #patuk #kritikal #wain ular