Wakanda wujud? Laman rasmi Amerika segera buang negara fiksyen dari senarai rakan dagang

Agensi
Disember 19, 2019 13:28 MYT
Kesilapan dalam senarai nama negara rakan dagang Amerika ini menjadi jenaka ramai. - Twitter Francis Tseng
Jabatan Agrikultur Amerika Syarikat (USDA) ambil langkah pantas menyingkirkan sebuah negara fiksyen yang secara tidak sengaja ditemui dalam senarai atas talian negara-negara yang mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan Negara Uncle Sam itu.
Reuters melaporkan, tiada maklum balas segera diberikan oleh pihak USDA berkenaan perkara itu.
Namun, jurucakapnya memberitahu The Washington Post bahawa kemasukan Wakanda, negara mitos dari dunia adiwira Marvel itu, adalah satu kesilapan, dan sebahagian daripada ujicuba rasmi.
Seorang jurutera perisian yang berpangkalan di New York, Francis Tseng, yang sedang mencari data tarif agrikultur untuk keperluan kajiannya, menyedari penyenaraian Wakanda lalu memuat naik hal lucu itu di akaun Twitternya.

Wakanda is listed as a US free trade partner on the USDA website?? pic.twitter.com/xcq1OFTIPh

— Francis Tseng (@frnsys) December 18, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya sangat keliru pada awalnya. Saya awalnya terlupa tentang negara itu dalam filem dan memikirkan sesuatu yang lain,” ujar Francis.
Sebelum nama itu dibuang, Tseng sempat memuat turun senarai Excel tentang kod tarif pelbagai kategori yang menunjukkan perincian barang dagangan antara Wakanda dan AS termasuk haiwan ternakan, barangan tenusu, tembakau dan alkohol.
Selepas ia dikeluarkan dari senarai itu, Francis melalui Twitternya berjenaka: “Pihak USDA sudah membuang Wakanda dari senarai. Agaknya kita dalam perang dagang dengan mereka juga!”
Kerajaan Wakanda adalah kediaman watak adiwira Marvel, Black Panther, yang ditunjukkan dalam komik dan juga filem blockbuster tahun 2018. Ia digambarkan sebagai negara Afrika yang terpencil namun memiliki pelbagai teknologi tinggi yang hebat.
#kesilapan teknikal #laman rasmi #USDA #Wakanda