WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan China mengadakan pertemuan di Washington pada Selasa untuk membincangkan mengenai isu berhubung mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear.
Menurut jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price perbincangan itu melibatkan wakil khas AS untuk Korea Utara Sung Kim dan Liu Xiaoming dari China, lapor agensi berita Yonhap.
"Wakil Khas Kim dan Liu telah berbincang mengenai peluang untuk memajukan matlamat bersama kami bagi mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear dan bagaimana untuk menggalakkan Korea Utara terlibat dalam rundingan," katanya.
Korea Utara telah melancarkan 12 peluru berpandu setakat tahun ini, termasuk ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang pertama dalam tempoh lebih empat tahun.
Pyongyang masih belum memberi sebarang maklum balas terhadap cadangan AS. Kali terakhir AS dan Korea Utara mengadakan rundingan adalah pada akhir 2019.
Perbincangan itu diadakan sehari selepas utusan khas AS dan rakan sejawatannya dari Korea Selatan, Noh Kyu Duk, bersetuju untuk kemuka resolusi baharu mengenai Korea Utara dalam rundingan dua hala mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022

Ned Price berkata, wakil khas dari dua Korea Utara dan China telah berbincang dengan AS dalam matlamat mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear. - AP

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air akibat banjir di Baling
Sebanyak 280,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di tiga daerah terjejas akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Korea Utara hantar bantuan kepada 800 keluarga tangani wabak usus
Kim mengarahkan pegawai-pegawainya untuk segera menjalankan tugas meringankan beban dan kesukaran rakyat negara itu.

Menteri-menteri Luar ASEAN bimbang peningkatan ujian peluru berpandu Korea Utara
Menteri-menteri luar ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ujian peluru berpandu balistik antara benua dan pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara baru-baru ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AS, Korea Selatan uji lapan peluru berpandu
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) pada Ahad menguji sebanyak lapan peluru berpandu sebagai tindak balas kepada ujian peluru berpandu terbaru Korea Utara.

Korea Utara lancar lapan tembakan peluru berpandu jarak dekat - Tentera Korea Selatan
Korea Utara melancarkan lapan peluru berpandu balistik jarak dekat ke perairan pantai timurnya pada Ahad, kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kes berkemungkinan COVID-19 kembali meningkat di Korea Utara
Ini kali pertama jumlah itu melepasi paras 100,000 dalam tempoh tiga hari.

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke Laut Timur
Peluru berpandu itu dilancarkan dari kawasan Sunan di Pyongyang pada jam 6 pagi, 6.37 pagi dan 6.42 pagi.

COVID-19: Tiada respons dari Korea Utara terhadap tawaran vaksin AS
Korea Utara menolak tawaran vaksin daripada Covax serta dari Korea Selatan, malah dilaporkan turut menolak beberapa tawaran bantuan lain.

Jumlah disyaki kes COVID-19 di Korea Utara melebihi dua juta
Korea Utara melaporkan lebih 260,000 kes baharu yang disyaki COVID-19 pada Jumaat.