KUNMING (YUNNAN): Wakil Indonesia pada Jumaat menyeru agar semua negara mendesak Israel menghentikan serangan terhadap Gaza.
Seruan itu dibuat Pengerusi Bahagian Hubungan Luar, Parti Perjuangan Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) yang juga Lembaga Pimpinan Pusat dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Perundingan Rakyat, Ahmad Basarah pada sesi Dialog Parti Komunis China (PKC) dengan penyertaan parti-parti politik dari Asia Tenggara dan Asia Selatan.
"Serangan Israel menyaksikan ramai nyawa yang terkorban. Jadi saya menyeru agar kita bersama-sama mendesak Israel untuk hentikan serangan," katanya.
Beliau berkata Indonesia menyokong kemerdekaan Palestin sejak dahulu lagi.
Gaza mula menjadi perhatian dunia sejak serangan terbaru rejim Zionis Israel pada 7 Okt lepas.
Dialog anjuran PKC itu bermatlamat untuk mencapai hasil yang memberi manfaat kepada egara-negara yang terlibat.
Sesi dialog itu menumpukan kepada "Berkongsi Hasil Forum Jalur dan Laluan Untuk Kerjasama Antarabangsa" yang disertai wakil dari 23 parti politik dan 20 organisasi dan institusi dari 18 negara.
Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa PKC Liu Jiamchao menekankan kepada idea-idea yang dikemukakan oleh pemimpin politik semasa seminar dan bengkel yang diadakan pada Khamis.
"Perbincangan itu membawa pelbagai hasil, menunjukkan kerjasama yang kukuh akan membawa banyak manfaat kepada semua negara yang terlibat," katanya semasa ucaptama.
Liu menekankan kepentingan meningkatkan kerjasama demi kesejahteraan rakyat dan keperluan untuk memperkukuh kerjasama dalam teknologi hijau, ekonomi, pemerkasaan belia dan inisiatif digital melalui Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Forum bertemakan "BRI: Bagaimana Parti Politik Boleh Memainkan Peranan" menyaksikan peserta sebulat suara bersetuju bahawa BRI memberikan sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.
Panel itu termasuk Anggota Liga Awami Bangladesh dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Parlimen mengenai Hal Ehwal Luar, Muhammad Faruk Khan; Naib Pengerusi Suruhanjaya Perhubungan Luar Jawatankuasa Pusat Parti Rakyat Kemboja yang juga Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Negeri, Kerjasama Antarabangsa, Information and Media National Assembly Kemboja, Sous Yara serta Pengerusi Hal Ehwal Luar Dewan Pimpinan Pusat Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) dan Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia Luluk Nur Hamidah.
Mengenai dakwaan BRI yang dilabelkan sebagai perangkap hutang, Yara berkata inisiatif itu telah membawa manfaat besar kepada negara dan rakyat Kemboja.
Beliau berkata kekeliruan itu disebabkan oleh maklumat yang salah dalam laporan media dan parti politik seharusnya memberikan penjelasan yang tepat kepada orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023
Ahmad Basarah menyeru agar semua negara mendesak Israel menghentikan serangan terhadap Gaza. - Reuters
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Rusia larang rakyatnya kunjungi AS
Menerusi satu taklimat, Rusia memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain, atas alasan mereka boleh ‘diburu’ oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
UNRWA seru masa depan adil, bermaruah untuk rakyat Gaza
Ini termasuk hak pendidikan untuk 600,000 kanak-kanak Gaza yang terpaksa berhenti sekolah.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Qatar sambung usaha pengantaraan gencatan senjata Gaza selepas jeda sebulan
Sheikh Mohammed menegaskan, keputusan Qatar kembali ke meja rundingan didorong oleh momentum baharu, terutamanya selepas pemilihan Presiden AS.
Penduduk Gaza hampir tidak dikenali akibat luka terbakar
Keadaan bertambah buruk apabila rawatan diperlukan mangsa juga tidak dapat diberikan akibat kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan.
Koridor kemanusiaan di Gaza perlu dibuka segera
Pembukaan semula koridor pemindahan adalah penting bagi membolehkan pihaknya menyediakan rawatan penting.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Trump mahu gencatan senjata Gaza dilaksana sebelum mulakan tugas - PM Qatar
Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thanipada Rabu menyatakan bahawa Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum majlis pelantikannya.
Amnesty International tuduh Israel lakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza
Amnesty International pada Khamis menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.