DUNIA
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Mesyuarat baharu melibatkan Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan Ukraine dijadualkan berlangsung di Abu Dhabi. - Adobe Stock
MOSCOW: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy memaklumkan pada Ahad bahawa satu mesyuarat baharu melibatkan Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan Ukraine dijadualkan berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 4 hingga 5 Februari ini, lapor Anadolu Ajansi.
Menerusi satu kenyataan di Telegram, Zelenskyy berkata, maklumat berkenaan diperoleh daripada pasukan perunding Ukraine yang dijadualkan mengadakan perbincangan dengan pasukan Rusia pada Ahad.
"Pasukan perunding kami baru sahaja membentangkan laporan. Tarikh bagi pertemuan tiga pihak seterusnya telah ditetapkan iaitu pada 4 dan 5 Februari di Abu Dhabi.
"Ukraine bersedia untuk perbincangan substantif dan kami amat berminat dengan hasil yang mampu membawa kami lebih dekat kepada pengakhiran perang (Moscow-Kyiv) yang sebenar dan bermaruah. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu!" katanya.
-- BERNAMA