Walaupun tak hadir WEF 2019, nama Mahathir tetap diseru!

Hilal Azmi
Januari 23, 2019 06:26 MYT
Kembalinya Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia merupakan satu perkara yang menggemparkan dunia, kata Mike Pompeo.
Forum Ekonomi Sedunia (WEF) 2019 yang diadakan di Davos terus menggamit perhatian dunia dalam sesi khas bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo.
Dalam sesi berkenaan, Pompeo turut menyebut tentang kembalinya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kerajaan Malaysia merupakan salah satu perkara yang menggemparkan dunia.
Katanya, dalam dunia yang kita huni ketika ini, dinamik politik kini berubah sama sekali apabila rakyat yang menentukan hala tuju pentadbiran sesebuah negara.
"Sejak kebelakangan ini, rakyat dan sekutu politik di kebanyakan tempat di seluruh dunia membuat keputusan yang tidak mewakili kepentingan mereka," katanya dalam sidang video khas bersama perwakilan WEF2019.
Beliau turut memberi contoh keputusan Brexit dan pemilihan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.
#4IR #Davos #Emmanuel Macron #Mahathir Mohamad #Mike Pompeo #Perancis #Revolusi Perindustrian 4 0 #WEF2019 #World Economic Forum 2019