awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita 41 tahun nikahi anak sahabatnya remaja 16 tahun

Gempak
Gempak
05/08/2023
07:41 MYT
Wanita 41 tahun nikahi anak sahabatnya remaja 16 tahun
Walau jarak usia 25 tahun, Mariana mengaku bahagia dapat berkahwin dengan Kevin yang disifatkan tidak seperti remaja lelaki biasa. -Gempak
PASANGAN pengantin baharu dari Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia menjadi viral selepas usia mempelai lelaki masih 16 tahun.
Remaja lelaki yang dikenali sebagai Kevin itu telah menikah dengan wanita berusia 41 tahun.
Dengan jarak usia 25 tahun, Mariana dalam temu bual dengan Detik.com mengaku bahagia kerana dapat berkahwin dengan Kevin yang disifatkan tidak seperti remaja lelaki biasa.
"Sukalah, dia badannya besar juga. Tinggi bukan macam anak-anak remaja,” kata wanita itu.
Selain itu Mariana mengatakan dia sudi berkahwin dengan Kevin kerana suaminya sudah ada pekerjaan tetap selain seorang lelaki yang baik.
Malah wanita itu juga mengaku meski umurnya sudah lanjut, pernikahan tersebut adalah perkahwinan pertamanya.
“Saya belum pernah nikah, ini pernikahan pertama. Kami menikah di rumah saya ada saksi daripada orang kampung juga,” katanya lagi.
Menurut laporan media tempatan, Mariana dan Kevin adalah jiran. Mariana malah merupakan sahabat kepada ibu remaja lelaki tersebut.
“Kami berjiran dan saya mula berkawan dengan ibunya sekitar tiga atau empat bulan kebelakangan ini kerana dia sering membeli barangan di kedai saya,” akui Mariana lagi. -Gempak
Topic Berkaitan
#Wanita 41 Tahun
#Nikahi Anak Sahabat
#remaja 16 tahun
#Sambas Kalimantan Barat
#Kevin dan Mariana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan