awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ancam bunuh Trump ditahan

Bernama
Bernama
22/08/2023
11:45 MYT
Wanita ancam bunuh Trump ditahan
Perkhidmatan Rahsia AS menahan Tracy Fiorenza yang didakwa menghantar e-mel dengan ancaman terhadap Trump (foto) dan anaknya ke sebuah sekolah di Palm Beach. -Gambar fail/AP
WASHINGTON: Seorang wanita Chicago ditahan kerana disyaki menghantar e-mel ke sebuah sekolah di Florida di mana dia mengancam untuk menembak bekas presiden AS Donald Trump dan anak lelakinya, Barron, 17 tahun, Sputnik memetik laporan media .
Perkhidmatan Rahsia AS pada Isnin menahan Tracy Fiorenza, 41, yang didakwa menghantar e-mel dengan ancaman terhadap Trump dan anaknya ke sebuah sekolah di Palm Beach, yang juga lokasi kediaman bekas presiden itu, lapor CBS News.
Suspek didakwa menghantar e-mel kepada guru besar sekolah itu pada Mei, mengatakan bahawa dia akan menembak bekas presiden itu dan anaknya di muka.
Beberapa hari kemudian, Fiorenza sekali lagi menghantar e-mel kepada pegawai sekolah dengan ancaman, kata laporan itu, sambil menambah ejen Perkhidmatan Rahsia menemu bualnya pada Jun apabila dia mengaku menulis e-mel berkenaan.
Perbicaraan tahanan terhadap kes itu dijadualkan pada Rabu.
Minggu lalu, seorang wanita Kanada dijatuhi hukuman penjara hampir 22 tahun kerana menghantar surat ancaman mengandungi bahan toksik kepada Trump pada 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Tracy Fiorenza
#sekolah di Palm Beach
#surat ugutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan