Wanita Arab Saudi kini boleh memandu trak, menunggang motosikal

Agensi
Disember 16, 2017 21:51 MYT
Wanita Arab Saudi kini boleh menunggang motosikal dan memandu trak selepas kerajaan negara itu menamatkan larangan memandu terhadap golongan itu. - Gambar fail
Selepas diberi kebenaran untuk memandu kereta, wanita Arab Saudi kini boleh menunggang motosikal dan memandu trak selepas kerajaan negara itu menamatkan larangan memandu terhadap golongan itu.
Undang-undang baharu itu akan berkuatkuasa pada Jun 2018.
September lalu, Raja Salman AbdulAziz Al-Saud mengeluarkan perintah membenarkan wanita negara itu memandu kereta juga bermula Jun 2018.
Nenurut Lembaga Pengarah Trafik Umum Arab Saudi, undang-undang baharu itu digubal bagi memberi ‘kesaksamaan’ terhadap golongan lelaki dan wanita.
Bagaimanapun tidak ada sebarang nombor pendaftaran khas diwujudkan bagi membezakan kedua-dua pemandu berkenaan.
Bagaimanapun, pemandu wanita yang terbabit kemalangan jalan raya atau salah laku akan dikendalikan oleh pusat khas yang ditubuhkan dan diselia oleh wanita.
Arab Saudi adalah satu-satunya negara di dunia yang mengenakan larangan kepada wanita untuk memandu.
#Arab Saudi #memandu #motosikal #trak #tunggang #undang-undang #wanita