CALIFORNIA bakal memiliki Datuk Bandar wanita termuda dan bukan dari kalangan kulit putih bagi berkhidmat dalam jawatan itu di bandar Eastvale.
Jocelyn Yow, 25, telah dilantik sebagai Ahli Majlis Bandar Eastvale pada 2018 dan telah menyandang jawatan datuk bandar sementara sebelum dia dilantik secara rasmi pada 10 Disember baru-baru ini.
Ibu kepada seorang bayi berusia enam bulan itu juga merupakan wanita berketurunan Asia dengan susur-galur dari Malaysia di sebelah bapanya, manakala ibunya pula dari Vietnam.
Bapanya telah ke Amerika Syarikat pada sekitar tahun 80-an untuk melanjutkan pelajaran, sementara ibunya lebih dahulu meninggalkan Vietnam untuk mencari kehidupan baharu di Negara Uncle Sam itu.
Jocelyn berkongsi, pada tahun 1996 mereka telah kembali ke Malaysia atas urusan keluarga dan menetap selama lebih 10 tahun.
“Semua itu membolehkan saya belajar lebih mendalam tentang sejarah keluarga, warisan dan budaya,” ujarnya di Instagram, yang antara lain turut menyatakan bahawa ibu bapanya sering menekankan tentang kepentingan perkhidmatan awam dan soal kebajikan.
Graduan di sebuah kolej komuniti di Norco, California dan UC Berkeley itu kini melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana dalam bidang pengurusan kerajaan di Harvard Extension School.
Beliau menerusi hantaran di Instagram pernah menyatakan kebanggaannya menjadi wanita warga Amerika berketurunan Cina Malaysia dan Vietnam.
“Sangat penting untuk kita mengambil kira pandangan golongan wanita muda dan golongan ibu ketika membuat sesuatu keputusan penting yang memberi kesan pada keluarga.
“Kini dengan saya menjadi wanita dan ibu termuda untuk berkhidmat sebagai Datuk Bandar di negeri California, saya berharap lebih ramai wanita dan ibu-ibu lain akan mengikut jejak langkah ini,” ujarnya.
Hilmi Malik
Sat Dec 12 2020
Ibu kepada seorang bayi berusia enam bulan itu juga merupakan wanita berketurunan Asia dengan susur-galur dari Malaysia di sebelah bapanya, manakala ibunya pula dari Vietnam. - Instagram/jocelyn_yow
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Wanita asal Malaysia ini bakal jadi Datuk Bandar di wilayah California
Jocelyn Yow merupakan wanita berketurunan Asia dengan susur-galur dari Malaysia di sebelah bapanya, manakala ibunya pula dari Vietnam.