DUNIA
Wanita Australia didakwa bunuh bayi
Bayi lelaki berusia tujuh bulan itu ditemukan dengan kesan tikaman dan disahkan meninggal dunia. - Gambar hiasan
SYDNEY: Polis di negeri Australia Barat (WA) telah mendakwa seorang wanita atas pertuduhan membunuh bayi lelakinya, lapor Xinhua yang memetik media tempatan.
Ringkasan AI
Australian Broadcasting Corporation (ABC) melaporkan pada Selasa bahawa bayi lelaki berusia tujuh bulan itu ditemukan dengan kesan tikaman dan disahkan meninggal dunia oleh perkhidmatan kecemasan di sebuah rumah di kawasan utara Perth sejurus selepas 3 pagi waktu tempatan, Isnin.
Ibunya, seorang wanita berusia 31 tahun, telah dibawa ke hospital dalam kawalan polis dan didakwa membunuh pada malam Selasa.
Dalam sidang media pada awal hari yang sama, Pesuruhjaya Polis WA Col Blanch berkata kejadian itu disiasat sebagai kes bunuh akibat keganasan rumah tangga.
Beliau berkata ahli keluarga lain berada di rumah ketika kejadian berlaku dan ia merupakan situasi yang amat mengganggu bagi petugas barisan hadapan.
"Amat jarang berlaku kes di mana tempat kejadian jenayah begitu mengerikan untuk dilihat oleh pegawai dan petugas barisan hadapan kami," kata Blanch.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang wanita berusia 31 tahun di Australia Barat didakwa membunuh bayi lelakinya berusia tujuh bulan yang ditemukan mati akibat tikaman di rumah mereka di utara Perth.
- Polis menyiasat kes tersebut sebagai pembunuhan akibat keganasan rumah tangga, dan kejadian itu disifatkan amat mengganggu oleh petugas barisan hadapan.
- Wanita itu dibawa ke hospital dalam kawalan polis dan didakwa membunuh pada malam Selasa; ahli keluarga lain turut berada di rumah semasa kejadian berlaku.