Wanita bekerjaya jadi sasaran militan di Pakistan

Astro Awani
Januari 1, 2013 23:22 MYT
Wanita bekerjaya terus menjadi sasaran militan di Pakistan.
Terbaru, lima guru dan dua pekerja bantuan maut dalam satu serang hendap di Sawabi.
Ketika kejadian kesemua mereka menaiki sebuah van dalam perjalanan pulang dari pusat komuniti di mana mereka bertugas.
Penyerang menggunakan dua buah motosikal untuk menyerang van berkenaan dan menembak menggunakan senjata automatik.
Lima guru dan dua pekerja bantuan, seorang lelaki dan seorang perempuan maut manakala pemandu van tercedera.
Mangsa yang maut berusia antara 20 hingga 22 tahun.
Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.
#militan #Pakistan #serang hendap. Sawabi #wanita bekerjaya