awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita bertudung suspek terbaharu letupan di Bangkok

AFP
AFP
31/08/2015
14:09 MYT
Wanita bertudung suspek terbaharu letupan di Bangkok
Dalam siaran televisyen, Prawut telah menunjukkan wajah suspek wanita yang bertudung itu, difahamkan diambil daripada gambar kad pengenalan. - Foto AFP
Usaha memburu pihak yang bertanggungjawab dalam insiden letupan Kuil Erawan di Bangkok menemukan petunjuk terkini pada Isnin apabila polis Thailand mendedahkan dua suspek baharu.
Dua suspek dengan salah seorangnya merupakan wanita bertudung itu dibuat selepas pihak berkuasa menemui perkakasan membuat bom di sebuah apartmen pinggir bandar.
Polis kini memburu seorang wanita Thailand dan seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya selepas perkakasan membuat bom ditemui di sebuah apartmen di Minburi.
FOTO: Letupan bom gegar Bangkok
FOTO: Bangkok sesudah letupan
Pasukan penyiasat percaya apartmen itu digunakan sebagai tempat persembunyian oleh kumpulan yang melancarkan serangan.
“Kami menemui bungkusan baja, jam, alat kawalan radio yang merupakan komponen untuk membuat bom dan cas elektrik. Kami yakin mereka dalam kumpulan yang sama,” ujar jurucakap polis Prawut Thavornsiri.
Polis negara itu telah menahan seorang lelaki warga asing pada pagi Sabtu lalu di sebuah pangsapuri berdekatan.
Di situ, mereka menemui paip pembinaan dan bebola logam selain banyak pasport palsu Turki.
Dalam siaran televisyen, Prawut telah menunjukkan wajah suspek wanita yang bertudung itu, difahamkan diambil daripada gambar kad pengenalan. Prawut menamakan wanita itu sebagai Wanna Suansan atau Misaloh yang berusia 26 tahun.
Sementara itu, lakaran seorang lagi lelaki bermisai juga ditunjukkan.
Namun, setelah dua minggu insiden itu berlaku, pihak berkuasa masih buntu dalam mengenal pasti sebarang motif serangan.
Bom yang meletup di Kuil Erawan pada 17 Ogos lalu membunuh lebih 20 orang mangsa dengan kebanyakannya merupakan etnik Cina dari seluruh Asia.
Antara suspek yang disenarai dalam siasatan adalah pencabar politik tempatan, kumpulan penjenayah, militan ekstrem, puak pemisah dari Selatan Thai dan pelarian dari minoriti Uighur.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#bom
#letupan
#suspek
#Thailand
#Uighur
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan