DUNIA

Wanita berusia 100 tahun terima 16,000 kad ucapan hari jadi

Kohilah Sekaran 30/05/2015 | 07:15 MYT
Seorang wanita dari Sheffield berjaya menarik perhatian dunia dengan menerima 16,000 kad ucapan sempena ulang tahunnya yang ke 100. - Facebook BBC Radio Sheffield
Seorang wanita dari Sheffield, England berjaya menarik perhatian dunia dengan menerima 16,000 kad ucapan sempena ulang tahunnya yang ke 100.
Winnie Blagden, yang dilaporkan tidak mempunyai saudara-mara yang masih hidup, menerima kad ucapan hari jadi dan hadiah dari seluruh dunia atas permintaan sebuah radio stesen di Sheffield.
Difahamkan, stesen BBC Radio Sheffield telah menulis sebuah kenyataan Facebook pada 13 Mei lalu dimana mereka meminta pengamal media sosial untuk menghantar kad ucapan sempena hari jadi Winnie yang ke 100.
Bukan itu sahaja, berita itu juga telah disiarkan melalui radio oleh penyampai radio stesen berkenaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, stesen radio itu terkejut dengan sambutan yang diterima apabila mereka menerima sebanyak 16,000 kad ucapan serta hadiah untuk Winnie Blagden yang juga merupakan seorang balu tanpa anak.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, pengguna media sosial dari Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Romania dan Jepun turut menghantar ucapan mereka melalui akaun Facebook mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bukan itu sahaja, radio stesen tersebut juga telah menganjurkan majlis sambutan ulang tahun wanita tersebut di Dewan Bandar Sheffield.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya berasa sangat gembira. Saya tidak pernah menyambut hari jadi saya sebegini.
"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada mereka yang meluangkan masa untuk mengirim kad ucapan dah hadiah sempena hari jadi saya," kata Winnie.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Memetik laporan Telegraph, menurut seorang wartawan BBC, Kat Harbourne yang membantu menganjurkan kempen ini, tindakan ini diambil selepas dia bertemu dengan salah seorang penjaga Winnie, Sue Pinder, di sebuah pameran BBC awal bulan ini.
Kebimbangan Sue bagaimana mereka akan menyambut hari jadi Winnie telah menyebabkan wartawan itu bertindak menyampaikan berita itu kepada pendengar radio dan pengamal media sosial.
“Kami terpegun dengan sambutan yang diberikan oleh orang ramai kerana kami tidak sangka untuk menerima kad ucapan dan hadiah sebanyak itu,” kata Harbourne.
#bbc #Facebook #radio #Sheffield #Winnie Blagden