DUNIA

Wanita cedera selepas dirempuh bagasi 'terlepas' di eskalator

Agensi 04/09/2022 | 10:03 MYT
Mangsa yang berada di bawah pada awalnya tidak sedar dengan kehadiran bagasi yang meluncur laju ke bawah seterusnya menolak dan menyebabkan mangsa jatuh terlentang. - Gambar hiasan/Unsplash.
HANGZHOU: Seorang wanita dikejarkan ke hospital selepas dirempuh bagasi pakaian yang tergelincir di sebuah eskalator.
Dalam sebuah video yang tular di sosial media sejak semalam, kejadian berlaku di wilayah timur Zhejiang apabila sebuah bagasi pakaian dibawa pasangan yang menuruni eskalator 'terlepas' ke bawah.
Mangsa yang berada di bawah pada awalnya tidak sedar dengan kehadiran bagasi yang meluncur laju ke bawah seterusnya menolak dan menyebabkan mangsa jatuh terlentang.
Paparan video yang tular juga menunjukkan mangsa pada awalnya tidak sedar kedatangan bagasi dari atas tetapi sempat menoleh ke belakang sebelum jatuh.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di akhir video itu, kelihatan mangsa diletakkan di atas pengusung sebelum dibawa ke hospital.-- Agensi
#Zhejiang #China #Bagasi meluncur #jatuh eskalator