JAKARTA: Seorang wanita bersenjata disyaki pengganas ditembak mati selepas melepaskan enam das tembakan di kawasan Mabes Polri (ibu pejabat polis Indonesia) di Jakarta.
Ketua Polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo dalam sidang media malam ini berkata suspek berusia 25 tahun itu memasuki kawasan Mabes Polri kira-kira pukul 4.30 petang tadi.
"Suspek memasuki melalui pintu masuk belakang (Mabes Polri), kemudiannya melepaskan empat tembakan di satu pos kawalan di Mabes Polri, dan dua das tembakan kepada anggota polis di kawasan berkenaan, anggota polis kemudiannya bertindak menembak suspek, " katanya yang tidak menyatakan jenis senjata api yang digunakan wanita itu.
Tiada anggota polis cedera atau terkorban dalam kejadian berkenaan.
Hasil siasatan awal mendapati suspek, berinitial "ZA" itu berideologi fahaman pertubuhan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (Daesh), dan merupakan bekas mahasiswa di sebuah institusi pengajian tinggi.
"(Hasil siasatan awal) (suspek) juga melakukan hantaran di akaun Instagramnya dalam tempoh 21 jam lepas, yang memuat turun bendera Daesh, selain itu di aplikasi "WhatsApp Group" keluarganya, suspek juga mengucapkan pamit (selamat tinggal)," katanya.
Sejak beberapa hari lepas selepas kejadian bom bunuh diri di luar sebuah gereja di Makassar, Sulawesi Selatan pada Isnin lepas, polis Indonesia mengadakan operasi besar-besaran memburu jaringan pengganas di seluruh Indonesia.
Menurut Listyo, sehingga kini sebanyak 23 suspek pengganas ditahan di beberapa kota di Indonesia termasuk lima di Jakarta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 31 2021
Ketua Polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo dalam sidang media malam ini berkata suspek berusia 25 tahun itu memasuki kawasan Mabes Polri kira-kira pukul 4.30 petang tadi. - Bernama
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Wanita disyaki pengganas ditembak mati di ibu pejabat polis Indonesia
Seorang wanita bersenjata disyaki pengganas ditembak mati selepas melepaskan enam das tembakan di kawasan Mabes Polri (ibu pejabat polis Indonesia) di Jakarta.