DUNIA
Wanita, gadis kurang upaya masih hadapi diskriminasi - Wanita PBB
Diskriminasi mengehadkan akses wanita dan gadis kepada perkhidmatan, peluang ekonomi, kepimpinan dan penyertaan dalam kehidupan awam. - Gambar hiasan/Reuters
ISTANBUL: Wanita dan gadis kurang upaya (OKU) terus menghadapi diskriminasi serta halangan berkaitan jantina dan ketidakupayaan mereka, menurut Wanita PBB pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Sempena Hari OKU Antarabangsa, pertubuhan itu berkata, diskriminasi mengehadkan akses wanita dan gadis kepada perkhidmatan, peluang ekonomi, kepimpinan dan penyertaan dalam kehidupan awam.
"Memajukan kemajuan sosial memerlukan masyarakat yang menghormati hak, maruah dan kepimpinan wanita dan kanak-gadis kurang upaya," menurut pertubuhan itu dalam satu kenyataan.
Wanita PBB berkata, wanita dan gadis OKU menyumbang kepada sistem penjagaan, kehidupan ekonomi, daya tahan komuniti dan pembinaan keamanan, serta menunjukkan bagaimana masyarakat menjadi lebih kuat apabila persekitaran dapat diakses, inklusif dan berasaskan hak asasi manusia.
Menurut PBB, seorang daripada lima wanita hidup dengan ketakupayaan, mewakili kira-kira 20 peratus daripada semua wanita berbanding 12 peratus lelaki.
-- BERNAMA