awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita guna penyamar duduki ujian kemasukan universiti

Sinar Harian
Sinar Harian
15/04/2018
01:48 MYT
Wanita guna penyamar duduki ujian kemasukan universiti
Menurut dokumen mahkamah, Huang mengaku kepada pihak berkuasa bahawa dia membayar AS$3,000 untuk orang lain menduduki ujian TOEFL bagi pihaknya. Foto Sinar Harian
Seorang wanita mengaku bersalah kerana menipu semasa ujian kemasukan kolej di Amerika Syarikat (AS).
Dia merupakan suspek terbaru yang mengaku bersalah selepas AS memulakan siasatan terhadap pelajar antarabangsa yang menggunakan khidmat orang lain yang menyamar untuk memasuki universiti-universiti di negara Uncle Sam itu.
Huang Leyi, penuntut di Universiti Pennsylvania menggunakan visa pelajar, mengaku bersalah di mahkamah persekutuan di Boston kerana bersubahat untuk menipu AS, menurut rekod mahkamah.
Pendakwa berkata Huang pada Mac 2016 menggunakan seorang pengambil ujian berbayar untuk menduduki ujian di tempatnya untuk mengambil TOEFL, ujian bahasa Inggeris bagi menilai kemasukan pelajar asing, selepas gagal meraih markah minimum untuk memasuki universiti itu.
Menurut dokumen mahkamah, Huang mengaku kepada pihak berkuasa bahawa dia membayar AS$3,000 (RM11,643) untuk orang lain menduduki ujian TOEFL buatnya, yang mengikuti arahan orang tengah, mengirimkan pasport China ke alamat di Massachusetts.
Pasport tersebut digunakan oleh Wang Yue, seorang pelajar China di Sekolah Perniagaan Antarabangsa Hult di Cambridge, yang menurut pendakwa raya menduduki ujian untuk Huang dan untuk sekurang-kurangnya dua lagi wanita China yang ingin memasuki universiti-universiti di AS.
Ramai pelajar China memasuki kolej dan universiti-universiti AS kerana tertarik dengan status pendidikan Amerika yang berprestij dan peluang pekerjaan yang lebih baik.
Jumlah pelajar China yang menuntut di AS pada tahun akademik 2016-2017 meningkat sebanyak 6.8 peratus kepada sekitar 350,750, menurut Institut Pendidikan Antarabangsa pada November lalu.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#China
#Huang Leyi
#kolej
#mahkamah
#menipu
#menyamar
#pelajar
#pelajar antarabangsa
#pengambil ujian berbayar
#siasatan
#suspek
#Universiti Pennsylvania
#Visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan