INTERNATIONAL

Wanita hamil empat bulan dibunuh kejam kekasih sendiri

Sinar Harian 18/05/2025 | 05:20 MYT
suspek dipercayai membunuh mangsa kerana cemburu dan pertengkaran berkaitan kehamilan mangsa. - Gambar/ Sinar Harian/ Agensi
PENEMUAN mayat seorang wanita sudah bercerai yang dibuang di dalam parit menggemparkan penduduk setempat.


Ringkasan AI
  • Seorang wanita bernama Nurmaliza, 29 tahun, yang sedang hamil empat bulan ditemui mati dibuang dalam parit di Kalimantan Tengah. Penemuan ini mengejutkan penduduk setempat.
  • Polis mengesahkan teman lelakinya, Alvaro Jordan, 23 tahun, sebagai suspek utama. Dia dipercayai membunuh mangsa kerana cemburu dan pertengkaran berkaitan kehamilan mangsa.
  • Mangsa dipukul dan dicekik sebelum mayatnya dibuang. Autopsi menunjukkan kesan pukulan di kepala dan lebam di leher. Suspek melarikan diri ke Jawa Tengah selepas kejadian.


Jasad mangsa dikenali sebagai Nurmaliza, 29, dijumpai di pinggir Jalan Trans Kalimantan, Desa Garung, Kabupaten Pulang Pisau, Kalimantan Tengah di Indonesia pada akhir minggu lalu.

Paling mengejutkan mangsa disahkan sedang hamil dan kandungannya berusia empat bulan.

Pihak berkuasa mengesahkan pembunuhan kejam itu dilakukan teman lelakinya, Alvaro Jordan, 23.

Jurucakap polis, Kombes Pol Nuredy Irwansyah Putra berkata, siasatan awal mendapati motif pelaku membunuh kekasihnya kerana cemburu dan mungkin ada kaitan dengan kehamilannya.

"Mereka terlibat pertengkaran sebelum dia memukul dan mencekik mangsa hingga mati ketika insiden pada 11 Mei lalu.

"Alvaro kemudiannya membuang mayat Nurmaliza di parit dan melarikan diri ke Jawa Tengah. Jasad itu akhirnya ditemui penduduk setempat dalam keadaan menyayat hati sehari selepas itu," ujarnya.

Menurutnya, laporan autopsi menunjukkan terdapat kesan pukulan objek tumpul pada kepala mangsa selain lebam pada leher.

Difahamkan, Nurmaliza yang telah cercerai beberapa bulan lalu pernah berkahwin dengan lelaki dikenali sebagai R dan mempunyai dua anak. - Sinar Harian/ Agensi






#kes bunuh #Indonesia #wanita hamil #motif cemburu