[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Wanita jalani pembedahan plastik cuba lari dari hospital

Gempak 16/02/2024 | 07:00 MYT
Wanita yang tidak dikenal pasti identiti itu didapati cuba meninggalkan hospital sejurus sedar daripada kesan ubat anestetik. - Gambar/ Gempak
SEORANG wanita menimbulkan kekecohan selepas cuba melarikan diri di sebuah hospital kecantikan swasta di Istanbul, Turki.
Wanita yang tidak dikenal pasti identiti itu didapati cuba meninggalkan hospital sejurus sedar daripada kesan ubat anestetik.
Dia didakwa telah menjalani pembedahan plastik yang agak ‘besar’ pada sebahagian wajahnya.
Menerusi rakaman CCTV yang terdapat di hospital tersebut, wanita itu dalam keadaan wajah bengkak yang berbalut, memakai jubah pesakit dan selipar sedang bergaduh dengan jururawat dan doktor yang cuba menghalangnya meninggalkan hospital.
Dan menerusi siasatan, punca wanita itu mahu melarikan diri sejurus pembedahan plastik dilakukan adalah untuk mengelak membayar keseluruhan kos rawatan! - Gempak
#pembedahan plastik #Istanbul #lari dari hospital #kes tular