DUNIA

Wanita Jepun didakwa bunuh anak perempuan, mayat disimpan dalam peti sejuk

Astro Awani 14/11/2025 | 07:00 MYT
Suspek, Yoko Kawaguchi, dituduh mencekik anaknya, Shoko, dan menyimpan mayat dalam peti sejuk. -Gambar hiasan
TOKYO: Seorang wanita Jepun didakwa atas pertuduhan membunuh selepas mayat anak perempuannya berusia lima tahun ditemui dalam peti sejuk di kediaman mereka di Kakegawa, Wilayah Shizuoka, menurut polis pada Jumaat.


Ringkasan AI
  • Wanita Jepun didakwa membunuh anak perempuan berusia lima tahun, mayat ditemui dalam peti sejuk di Kakegawa.
  • Suspek, Yoko Kawaguchi, dituduh mencekik anaknya, Shoko, dan menyimpan mayat dalam peti sejuk.
  • Kawaguchi ditahan atas tuduhan membuang mayat sebelum didakwa membunuh; belum ada pengakuan bersalah.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Suspek, Yoko Kawaguchi, 37, dipercayai mencekik anaknya, Shoko, sebelum menyimpan mayat mangsa dalam peti sejuk selama beberapa hari.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan tekanan pada leher anaknya yang menyebabkan kematian mangsa.

Insiden terbongkar pada 16 Sept lalu apabila Kawaguchi terlibat dalam kemalangan jalan raya dan memaklumkan bahawa anaknya hilang.

Polis yang menjalankan siasatan bagaimanapun menemui mayat Shoko di rumah suspek.

Kawaguchi ditahan pada 22 Okt atas tuduhan membuang mayat sebelum didakwa atas pertuduhan membunuh pada 13 Nov.

Pihak berkuasa belum mendedahkan sama ada suspek mengaku bersalah.





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan wanita Jepun ini didakwa atas pertuduhan membunuh?
    A: Wanita Jepun itu didakwa atas pertuduhan membunuh kerana dipercayai mencekik anak perempuannya sehingga menyebabkan kematian.
  • Q: Bagaimana polis menjumpai mayat anak perempuan wanita tersebut?
    A: Polis menjumpai mayat anak perempuan wanita tersebut dalam peti sejuk di kediaman mereka setelah suspek terlibat dalam kemalangan jalan raya dan melaporkan anaknya hilang.
  • Q: Apa hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat anak perempuan yang ditemui?
    A: Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan tekanan pada leher anak perempuan tersebut yang menyebabkan kematian mangsa.
  • Q: Bilakah insiden ini terbongkar dan berlaku?
    A: Insiden ini terbongkar pada 16 September lalu apabila suspek terlibat dalam kemalangan jalan raya dan melaporkan anaknya hilang.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap suspek setelah penemuan mayat anaknya?
    A: Suspek ditahan pada 22 Oktober atas tuduhan membuang mayat sebelum didakwa atas pertuduhan membunuh pada 13 November.



#ibu bunuh anak #Anak perempuan #mayat dalam peti sejuk #Yoko Kawaguchi #Shoko