awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita kantoi seludup 16 ekor cicak dalam coli

Sinar Harian
Sinar Harian
09/09/2023
01:20 MYT
Wanita kantoi seludup 16 ekor cicak dalam coli
Imej litar kamera tertutup (CCTV) memaparkan pegawai kastam menahan seorang penumpang wanita selepas berkelakuan mencurigakan semasa pemeriksaan di Pelabuhan Futian. - Foto agensi
GUANGZHOU : Pegawai kastam di Pelabuhan Futian, China menggagalkan cubaan menyeludup 16 ekor cicak hidup yang disembunyikan dalam coli seorang penumpang wanita.
Wanita yang tidak didedahkan namanya itu dipercayai cuba membawa reptilia malang tersebut ke Shenzhen dari Hong Kong.
Rahsia suspek terbongkar selepas seorang ejen kastam menyedari bajunya terlalu longgar dan mengesyaki dia cuba menyembunyikan sesuatu.
Pemeriksaan lanjut mendapati lima beg berjaring disembunyikan dalam colinya yang mengandungi 16 ekor cicak besar seperti iguana daripada spesies Hydrosaurus amboinensis berasal dari Indonesia.
Hydrosaurus amboinensis diisytihar terancam berikutan perdagangan haiwan peliharaan eksotik.
Di bawah peraturan kastam China, haiwan dari luar negara mesti diisytiharkan sebelum masuk dan menjalani tempoh kuarantin selepas itu.
Bulan lalu, pegawai kastam di Pelabuhan Futian turut menggagalkan cubaan menyeludup 14 ekor ular hidup yang disembunyikan dalam poket seluar seorang penumpang lelaki. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#menyeludup
#cicak hidup
#coli
#reptilia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan