awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pertikai pelantikan Leftenan Jeneral, Pas beri amaran tindakan disiplin
MALAYSIA
Laluan masuk Plaza Tol Ayer Hitam ditutup susulan tumpahan kimia
DUNIA
Iran umum penarikan semula sekatan internet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Wanita Malaysia ditahan bawa lebih 2kg dadah di pusat pemeriksaan Woodlands

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
25/06/2025
13:47 MYT
Sponsor Banner
Wanita Malaysia ditahan bawa lebih 2kg dadah di pusat pemeriksaan Woodlands
Dadah terkawal itu disembunyikan di bawah penutup bahagian hadapan motosikal yang ditunggang wanita berkenaan. - ICA
SINGAPURA: Seorang wanita warga Malaysia berusia 46 tahun ditahan Isnin lalu selepas didapati cuba menyeludup dadah menggunakan motosikal ketika melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands.
Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), motosikal itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan.
Hasil pemeriksaan mendapati dua bungkusan yang disyaki mengandungi dadah tersembunyi di bahagian bawah front fairing motosikal tersebut.
Pihak Biro Narkotik Pusat (CNB) kemudiannya dimaklumkan dan siasatan lanjut menemukan lima lagi bungkusan. Keseluruhannya, tujuh bungkusan ditemukan mengandungi kira-kira 1,057 gram ganja dan 973 gram dadah jenis methamphetamine.
Keseluruhan nilai rampas dianggarkan sekitar SG$142,000 atau RM469,889.
Di bawah Seksyen 7 Akta Penyalahgunaan Dadah 1973 Singapura, individu yang mengimport atau mengeksport lebih 250 gram methamphetamine atau 500 gram ganja boleh dikenakan hukuman mati.
Topic Berkaitan
#Dadah
#pusat pemeriksaan
#ICA
#Woodlands
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami