awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita mati 'bangkit semula' ketuk keranda

Sinar Harian
Sinar Harian
13/06/2023
04:31 MYT
Wanita mati 'bangkit semula' ketuk keranda
Insiden itu turut mendapat liputan meluas media tempatan. - Foto Agensi/Sinar Harian
QUITO: Seorang wanita di Ecuador 'bangkit semula' dalam keranda ketika upacara pengebumiannya yang turut menjadi tular di media sosial.
Gilbert Balberan yang merupakan anak kepada Bella Montoya, 76, memberitahu ibunya mengetuk keranda itu selepas 'kembali bernyawa' dan wanita tersebut kemudiannya dibantu oleh dua lelaki.
Balberan menjelaskan dia terpaksa mendapatkan keranda yang didermakan untuk keluarga miskin selepas Hospital Awam Marin Icaza di bandar Babahoyo mengesahkan kematian ibunya pada Jumaat.
"Pihak hospital turut memberikan sijil kematian kepada kami," katanya sambil menambah ibunya kini dirawat di hospital sama dan memberi tindak balas positif.
Sebelum 'kematiannya', Montoya dimasukkan ke hospital kerana strok dan jantungnya dikatakan terhenti.
Susulan insiden itu, Kementerian Kesihatan memaklumkan sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyiasat insiden tersebut selain menyelia perkembangan Montoya. - Agensi/Sinar Harian
Topic Berkaitan
#wanita mati
#Ecuador
#ketuk keranda
#bangkit semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan