awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut dililit, hampir ditelan ular sanca 6.5 meter

Sinar Harian
Sinar Harian
12/04/2025
02:30 MYT
Wanita maut dililit, hampir ditelan ular sanca 6.5 meter
Wanita maut selepas dililit dan hampir ditelan seekor ular sanca sepanjang 6.5 meter. - Foto Sinar Harian/Agensi
SULAWESI TENGGARA: Seorang wanita maut selepas dililit dan hampir ditelan seekor ular sanca sepanjang 6.5 meter dalam kejadian di sebuah kebun berhampiran rumahnya di Kabupaten Buton, Sulawesi Tenggara.
Mangsa, Wa Siti, 55, ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh anaknya dengan kepala sudah berada dalam mulut reptilia berkenaan.
Ketua Polis Pasarwajo, Inspektor Hardi berkata, kejadian disedari selepas anak mangsa terdengar jeritan lalu bergegas ke lokasi sebelum menemui ibunya dalam keadaan mengerikan.
“Anaknya menemui ibunya yang telah dililit ular besar dan kepala mangsa berada dalam mulut haiwan itu,” katanya.
Difahamkan, penduduk kampung yang tiba di lokasi segera bertindak membunuh ular tersebut namun gagal menyelamatkan mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara itu, pakar herpetologi dari Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), Amir Hamidy mengesahkan ular terbabit adalah daripada spesies sanca batik (Python reticulatus) yang sememangnya terdapat di kawasan hutan Sulawesi.
“Sanca batik adalah antara ular terpanjang di dunia dan boleh mencapai panjang lebih tujuh meter di habitat liar,” katanya.
Kejadian seumpama ini bukan pertama kali dilaporkan berlaku di Sulawesi yang merupakan habitat semula jadi spesies reptilia pemangsa itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ular
#wanita maut
#Wa Siti
#python
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan