MUNICH: Seorang wanita maut selepas diserang dengan pisau di sebuah stesen kereta api di wilayah Bavaria, Jerman pada malam Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Seorang lelaki warga Jerman berusia 27 tahun ditahan di lokasi kerana disyaki melakukan serangan itu di stesen kereta api di bandar Rosenheim, menurut kenyataan polis.
Mangsa, seorang wanita warga Britain berusia 31 tahun dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.
Punca kejadian dan motif serangan masih belum diketahui.
-- BERNAMA-dpa