Seorang wanita maut selepas ditembak secara tidak sengaja oleh seorang pegawai polis yang sedang menyertai latihan menembak di Akademi Polis dekat daerah Punta Gorda di sini pada Selasa malam.

Jurucakap polis berkata wanita berkenaan maut selepas polis tersilap mengunakan peluru hidup ketika latihan dijalankan.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua mereka menyertai latihan komuniti di mana pegawai polis perlu membuat keputusan sama ada untuk menggunakan kekerasan atau tidak dalam situasi tertentu.

Mangsa Mary Knowlton,73, dikejarkan ke hospital sejurus kejadian namun disahkan meninggal dunia.

Kejadian tembakan berkenaan turut disaksikan suami dan anak mangsa.

Pihak berkuasa kini membuka siasatan mengapa senjata sebenar dan peluru hidup digunakan dalam latihan berkenaan.

“Bagaimanapun berdasarkan situasi sebelum ini, semua yang terlibat dalam senario ini menggunakan senjata kosong.

“Jadi apa yang sebenarnya berlaku pada malam itu masih dalam siasatan, kata Jurucakap polis, Leftenan Katie Heck.

Laporan media tempatan menyebut pegawai polis yang terlibat dalam insiden berkenan diarah bercuti sementara siasatan dijalankan.

Ketika kejadian mangsa memainkan peranan sebagai mangsa manakala pegawai berkenaan sebagai penyerang.