Wanita nyaris maut apabila rumah dilanda tanah runtuh

Astro Awani
Februari 14, 2019 23:27 MYT
Hujan lebat menyebabkan tanah runtuh di bandar Sausalito di utara San Francisco, California. -Reuters
Seorang wanita nyaris maut apabila rumahnya roboh dilanda tanah runtuh setelah hujan lebat membadai bandar Sausalito di utara San Francisco, California, Amerika Syarikat pada Khamis.
Mangsa yang dikenali sebagai Susan Gordon dijumpai dengan kesan lebam pada badan dan juga muka.
Susan yang trauma dengan insiden yang berlaku dibawa ke hospital untuk rawatan.
Selain kediamannya, Susan dilapor turut kehilangan kucing kesayangan Peach, lapor media tempatan.

Susan Gordon lost her #Sausalito home in a mudslide. Shes okay. But has many bruises, some on her face. Shes upset she lost everything. Including her cat, Peach, who is missing. @kron4news pic.twitter.com/1DMb0jnwTi

— Justine Waldman (@JustineWaldman) February 14, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain Susan, penghuni dari 50 rumah di daerah tersebut turut dipindahkan.
Pihak berkuasa menyediakan penempatan sementara buat mereka untuk berteduh sementara menunggu cuaca kembali reda.
Menurut Jabatan Kaji Cuaca, daerah tersebut menerima taburan hujan lebat sehingga 13 sentimeter dalam tempoh 24 jam.
Pihak berkuasa juga telah mengeluarkan amaran kepada penduduk setempat yang tinggal berhampiran kawasan sungai berikutan kekhuatiran kawasan tersebut akan turut dinaiki air.
#banjir lumpur #hujan lebat #Jabatan Kaji Cuaca #Peach #San Francisco #Sausalito #susan gordon #tanah runtuh