Seorang wanita dipercayai paling berat di dunia selamat menjalani pembedahan mengurangkan berat badan di Mumbai pada Khamis.
Wanita itu, Eman Ahmed Abd El Aty, seorang warga Mesir berjaya menurunkan lebih 100 kilogram daripada berat asalnya iaitu sekitar 500 kilogram, lapor AFP.
Eman yang sejak lebih dua dekad lalu tidak pernah meninggalkan rumahnya di Mesir diterbangkan ke Mumbai pada bulan lalu untuk menjalani pembedahan bariatric.
"Sukacita dimaklumkan kepada semua bahawa pasukan perubatan Hospital Saifee telah berjaya melakukan pembedahan itu terhadap Eman Ahmed," menurut satu kenyataan.
"Eman berjaya menjalani pembedahan Laparoscopic Sleeve Gastrectomy pada 7 Mac 2017 di Hospital Saifee. Pembedahan tersebut berjalan dengan lancar.
"Tindakan seterusnya buat pasukan perubatan adalah untuk membetulkan semua masalah perubatan yang berkaitan, untuk membolehkan beliau cukup cergas untuk terbang kembali ke Mesir dengan seberapa segera," tambah kenyataan itu lagi.
Menurut seorang jurucakap bagi pihak Dr Muffazal Lakdawala yang mengetuai pembedahan terhadap Abd El Aty, berat wanita berusia 37 tahun itu telah dipantau agar tidak melebih 400 kilogram sejak tiba di Mumbai pada awal Februari.
"Eman turun lebih 100 kilogram dan berat badannya turun secara beransur-ansur setiap hari dengan bantuan rawatan dan sokongan," katanya kepada AFP.
Wanita Mesir itu dipercayai masih mengungguli gelaran wanita paling berat di dunia mengatasi wanita warga Amerika Syarikat Pauline Potter yang mencatatkan berat 293 kilogram di dalam Guinness Book of World Records pada Julai tahun lepas.
Abd El Aty yang berasal dari bandar pelabuhan Mediterranean Alexandria diterbangkan ke Mumbai, India dalam sebuah pesawat Airbus yang diubah suai pada Sabtu 11 Februari untuk rawatan.
Agensi
Thu Mar 09 2017
Eman Ahmed Abd El Aty berjaya menurunkan lebih 100 kilogram daripada berat asalnya iaitu sekitar 500 kilogram. -Gambar fail/Dr Muffazal Lakdawala
Menteri KDN sahkan pengikut GISB masih amal Aurad Muhammadiah
Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan di Dewan Rakyat pada Selasa bahawa ahli dan pengikut GISB masih lagi mengamalkan mengamalkan kepercayaan Aurad Muhammadiah yang diwarisi sejak era Al-Arqam.
[KOLUMNIS] Menelusuri sejarah Jambatan Persahabatan Malaysia–Korea Selatan
MALAYSIA dan Korea Selatan telah menjalin hubungan diplomatik mulai 23 Februari 1960.
Sistem pengaliran tersumbat punca tanah runtuh di Melawati
Kejadian tanah runtuh di Taman Melawati pagi Selasa dipercayai berpunca daripada kegagalan sistem pengaliran longkang di Jalan G2, yang tersumbat.
Tren alternatif diaktifkan susulan air bertakung - Rapid KL
Perkhidmatan tren alternatif diaktifkan berikutan daripada air bertakung di landasan stesen Sri Rampai ke Wangsa Maju.
Al Sultan Abdullah gesa projek tebatan dipercepatkan
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa projek tebatan banjir di Pahang dipercepatkan demi keselamatan dan keselesaan rakyat negeri itu.
[TERKINI] Sidang media tanah runtuh Taman Melawati
ACP Mohd Azam Ismail, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya
ICRC seru salur bantuan kemanusiaan ke Gaza
Lebih 400,000 orang masih terperangkap di utara Gaza untuk hari ke-10 ketika tentera Israel meneruskan pencerobohan darat ke atas kem Jabalia dan Beit Lahia.
"Anak-anak ini dipisahkan daripada keluarganya" - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin memaklumkan bahawa kanak-kanak yang berusia dua, tiga tahun rindu malah tidak mengenali ibubapa mereka sendiri.
Kerajaan komited bantu mudahkan usahawan dapat sijil halal - Zulkifli
Pensijilan itu akan memberikan nilai tambah kepada perniagaan mereka selain meningkatkan kualiti dan diberkati sekali gus memperkasakan industri halal negara.
Sekurang-kurangnya 42,344 rakyat Palestin terbunuh dalam perang Israel di Gaza
Angka sebenar kematian dianggarkan jauh lebih tinggi, dengan ribuan mayat tertimbus dalam kemusnahan besar akibat serangan Israel.
Wanita paling berat di dunia jalani pembedahan, berjaya turun 100 kilogram
Eman yang sejak lebih dua dekad lalu tidak pernah meninggalkan rumahnya di Mesir diterbangkan ke Mumbai pada bulan lalu untuk menjalani pembedahan bariatric.