Wanita temui cermin mata dalam bungkusan kentang goreng

Astro Awani
April 7, 2021 23:11 MYT
Cermin mata tersebut dengan bingkai hitam itu jelas kelihatan menerusi bahagian tingkap bungkusan berkenaan. - Foto Twitter/@paulapayan123
SYARIKAT pengeluar makanan di Sepanyol memohon maaf kepada seorang wanita selepas dia menemui sepasang cermin mata dalam bungkusan kentang goreng.
Paula Payan dari Cadiz di selatan Sepanyol berkongsi foto cermin mata tersebut yang ditemui dalam bungkusan kentang goreng oleh syarikat Cortijo del Oliver, yang berpangkalan di Arco de la Frontera.
Cermin mata tersebut dengan bingkai hitam itu jelas kelihatan menerusi bahagian tingkap bungkusan berkenaan, lapor portal berita Newsweek.
Dalam catatan di akaun Twitter miliknya, Payan berkata dia telah menemui sepasang cermin mata dalam bungkusan kentang goreng disertai beberapa keping foto bagi membuktikan ia tidak palsu.

me he encontrado unas gafas de vista en un paquete de patatas (adjunto todas las perspectivas para que se vea que no es fake) pic.twitter.com/dbMUxSV1GI

— paulapayan123 (@paulapayan123) April 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelasnya, dia telah pergi membeli belah di sebuah pasar raya bersama ibunya sebelum membeli kentang goreng tersebut namun tidak menyedari cermin mata berkenaan.
Cortijo del Olivar membalas ciapan Payan dan meminta maaf atas penemuannya itu.
#cermin mata #kentang goreng #Paula Payan #sepanyol #bungkusan