DUNIA

Wanita tertua di Rusia meninggal dunia pada usia 114 tahun

Bernama 02/12/2025 | 08:42 MYT
Beliau meninggal dunia pada 29 Nov, beberapa hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-115, menurut laporan media. - Gambar hiasan
MOSCOW: Wanita tertua di Rusia, Klavdiya Gadyuchkina meninggal dunia di wilayah Yaroslavl, tengah Rusia pada usia 114 tahun, menurut Gabenor wilayah itu, Mikhail Yevrayev, lapor Xinhua.


Ringkasan AI
  • Wanita tertua di Rusia, Klavdiya Gadyuchkina, meninggal dunia pada usia 114 tahun di Yaroslavl, Rusia Tengah.
  • Gadyuchkina menyaksikan peristiwa penting dalam sejarah Rusia seperti Revolusi Rusia dan dua perang dunia.
  • Beliau masih aktif melakukan kerja rumah harian pada usia 107 tahun dan menerima pingat jubli "80 Tahun Kemenangan dalam Perang Patriotik Besar 1941-1945".

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut Yevrayev, Gadyuchkina yang lahir pada 5 Dis 1910, melalui dan menyaksikan sendiri peristiwa penting dalam sejarah negara itu merentasi dua abad, termasuk Revolusi Rusia, dua perang dunia serta kemunculan dan perubahan struktur negara berkenaan.

Beliau meninggal dunia pada 29 Nov, beberapa hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-115, menurut laporan media.

Pada Oktober, warga emas itu secara rasmi tersenarai antara lima individu tertua di dunia oleh badan global yang mengiktiraf rekod umur maksimum manusia, LongeviQuest, dan menurut laporan, beliau masih mampu mengendalikan kerja rumah harian walaupun ketika berusia 107 tahun.

Tahun ini, Gadyuchkina dianugerahkan pingat jubli "80 Tahun Kemenangan dalam Perang Patriotik Besar 1941-1945".

Wanita Rusia itu berkahwin dan mempunyai lima anak; suaminya meninggal dunia pada 1956 akibat kecederaan yang dialaminya di sebuah kilang.

-- BERNAMA




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah usia wanita tertua di Rusia, Klavdiya Gadyuchkina, semasa beliau meninggal dunia?
    A: Klavdiya Gadyuchkina meninggal dunia pada usia 114 tahun.
  • Q: Apakah peristiwa penting dalam sejarah Rusia yang disaksikan oleh Klavdiya Gadyuchkina?
    A: Klavdiya Gadyuchkina menyaksikan peristiwa penting dalam sejarah negara itu seperti Revolusi Rusia, dua perang dunia, serta kemunculan dan perubahan struktur negara berkenaan.
  • Q: Apakah anugerah yang diterima oleh Klavdiya Gadyuchkina pada tahun ini?
    A: Tahun ini, Klavdiya Gadyuchkina dianugerahkan pingat jubli "80 Tahun Kemenangan dalam Perang Patriotik Besar 1941-1945".



#Klavdiya Gadyuchkina #Wanita tertua di Rusia #Mikhail Yevrayev #Revolusi Rusia