NARA: Individu tertua di Jepun, Shigeko Kagawa, 115, dari Wilayah Nara di barat negara itu, meninggal dunia pada lewat minggu lalu, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan pada Isnin, lapor Kyodo News.
Susulan kematian Kagawa, Fuyo Kishimoto, wanita berusia 114 tahun dari Kyoto, juga di barat Jepun, kini menjadi individu tertua di negara itu.
Kementerian berkata Kagawa meninggal dunia pada Khamis.
-- BERNAMA-KYODO