Wanita tertua AS sambut ulang tahun ke 112

Astro Awani
Januari 12, 2018 01:35 MYT
Isabel Castano menyambut ulang tahunnya yang ke-112 pada Khamis. Foto AP
Seorang wanita dari Florida, dipercayai tertua di Amerika Syarikat, menyambut ulang tahunnya yang ke-112 pada Khamis.
Isabel Castano yang dilahirkan pada 11 Januari 1906, berasal dari Colombia.
Berkahwin pada usia 41 tahun, Castano mempunyai seorang anak lelaki.
Dia kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat, selepas suaminya diculik di Colombia dan terus hilang dari hidupnya.
Castano pernah tinggal di Washington, New Jersey dan New York, sebelum berpindah ke Miami.
Bekas Gabenor Miami, Phillip Levine mengisytiharkan 11 Januari sebagai "Isabel Castano Lugo Day."
#Amerika Syarikat #anak #AS #Colombia #hilang #lelaki #New York #wanita #Wanita tertua AS #Washington