awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita Thailand ditahan disyaki seludup kaki ayam dari Malaysia

Bernama
Bernama
29/03/2024
23:15 MYT
Wanita Thailand ditahan disyaki seludup kaki ayam dari Malaysia
Polis menemukan 5,664 kilogram (kg) kaki ayam, 565 kg kaki ayam dibuang tulang menjadikan jumlah keseluruhannya 6,229 kg bernilai hampir 600,000 baht. - Gambar hiasan
BANGKOK: Seorang wanita Thailand berusia 46 tahun ditahan di Songkhla, selatan Thailand pada Khamis kerana disyaki menyeludup masuk kaki ayam bernilai RM77,972 dari Malaysia.
Bahagian Polis Perlindungan Pengguna (CPPD) di bawah Biro Siasatan Pusat (CIB) Daerah Hat Yai diketuai Lt Kol Polis Anand Buakaew berkata pasukan itu sebaik sahaja mendapat maklumat menyerbu sebuah pondok di Daerah Hat Yai yang dijadikan sebuah gudang sejuk beku untuk menyimpan karkas haiwan, terutamanya ayam itik yang diseludup dari Malaysia.
"Semasa operasi pasukan itu memberkas wanita terlibat yang juga merupakan penjaga gudang itu dan menemukan 5,664 kilogram (kg) kaki ayam, 565 kg kaki ayam dibuang tulang menjadikan jumlah keseluruhannya 6,229 kg bernilai hampir 600,000 baht," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai dokumen untuk menunjukkan sumber negara asal anggota ayam itu selain daripada permit untuk membawa masuk karkas haiwan ke negara ini dan permit untuk membawa haiwan atau karkas keluar atau masuk dalam satu-satu zon ditetapkan.
"Kesemua item dirampas dan dihantar ke pegawai penyiasat di Balai Polis Hat Yai untuk proses perundangan seterusnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kaki ayam
#seludup
#gudang sejuk beku
#tiada permit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan