BEIRUT: Seorang rakyat Arab Saudi dilaporkan telah diculik di Lebanon.
Susulan itu, Kedutaan Arab Saudi di Lebanon memaklumkan telah menghubungi pihak berkuasa di Beirut untuk memaklumkan mengenai kehilangan itu.
Kedutaan tersebut dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, mereka telah menerima "pemberitahuan daripada keluarga seorang warganegara Arab Saudi mereka terputus hubungan dengannya”, lapor portal berita Arab News.
Serentak itu, arahan telah dikeluarkan kepada kakitangan Kedutaan Arab Saudi di Lebanon untuk tidak
keluar bersiar-siar ke bandar berkenaan.
Kenyataan kedutaan itu berkata, warganegara Arab Saudi itu merupakan pekerja syarikat penerbangan Saudi Airlines di Beirut dan tinggal di kawasan Aramoun di Gunung Lebanon, telah diculik pada sekitar pukul 3 pagi pada hari Sabtu di Beirut.
Penculik juga telah menghubungi keluarganya dari pinggiran selatan Beirut dan menuntut wang tebusan sebanyak AS$400,000.
Tuntutan wang tebusan itu dilakukan penculik menerusi rakaman mesej audio.
Pegawai keselamatan di syarikat penerbangan itu mendakwa, Mashari yang bertugas di jabatan pentadbiran syarikat Saudi Airlines diculik oleh empat orang yang berpakaian seragam tentera.
Dalam masa sama, pasukan keselamatan tempatan pula memantau tiga lokasi di pinggiran selatan Beirut, Hazmieh,dan Dahr Al-Baidar, sementara kereta mangsa ditemui di wilayah Bekaa.
Mangsa dipercayai kali terakhir dilihat di kawasan Biel di Beirut dan kelibatnya dikesan sedang dalam perjalanan menuju Lapangan Terbang Beirut yang membawa ke kawasan Aramoun.
"Kejadian ini sedang dipantau dengan rapat," kata sumber tentera kepada Arab News.
Al-Arabiya TV melaporkan perkhidmatan keselamatan Lebanon mempunyai petunjuk awal mengenai orang-orang yang melakukan penculikan itu.
Dalam perkembangan sama, Menteri Dalam Negeri Lebanon, Bassam Mawlawi berkata, beliau memantau kejadian ini dengan pasukan keselamatan dalaman.
Mawlawi juga memaklumkan sudah berhubung dengan Duta Arab Saudi ke Lebanon,Waleed Bukhari berhubung kes kehilangan itu.
Mawlawi dalam hantarannya di Twitter berkata: "Kami berusaha membebaskan mana-mana warganegara yang terdedah kepada sebarang bahaya di Lebanon.
"Apa yang berlaku mempengaruhi hubungan Lebanon dengan saudara-saudaranya dan pelaku akan dihukum dengan keras.”
Seorang pemerhati politik pula menggambarkan penculikan warganegara Arab Saudi sebagai "masalah yang sangat berbahaya.”
Bukhari juga dilaporkan mengadakan pertemuan dengan pemerintah tertinggi Angkatan Bersenjata Lebanon, Jeneral Joseph Aoun, semalam (Isnin).
Agensi
Tue May 30 2023

Menteri Dalam Negeri Lebanon, Bassam Mawlawi menegaskan, pihak berkuaa negara itu akan berusaha membebaskan mana-mana warganegara yang terdedah kepada sebarang bahaya. - Gambar Twitter

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

Pihak sorok beras akan diambil tindakan undang-undang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.
Pertemuan Speaker: Keterjaminan makanan, perubahan iklim antara topik perbincangan
Mesyuarat melibatkan dua negara itu adalah merupakan langkah berterusan Parlimen Malaysia dalam meningkatkan kerjasama pelbagai hala antara Parlimen di negara Asia Tenggara.
Kumpul berjuta pensel, dinding kedai umpama lukisan berwarna-warni
Menurut al-Mandalawi, sejak muda dia menggunakan wang gajinya untuk membeli pensel dan kini berusia 56 tahun, tidak hairanlah koleksinya kini sudah berjuta.

Warga Arab Saudi diculik di Beirut - Menteri
Penculik tuntut wang tebusan sebanyak AS$400,000 daripada keluarga mangsa yang juga pekerja syarikat penerbangan Saudi Airlines.