DUNIA
Warga asing ke India kini boleh isi kad ketibaan secara dalam talian
Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia memaklumkan pengisian kad secara fizikal masih diteruskan sehingga sistem digital benar-benar stabil atau untuk tempoh maksimum enam bulan, mengikut mana yang lebih awal. - Gambar hiasan/ Reuters
KUALA LUMPUR: Warga asing yang melawat India kini mempunyai pilihan untuk mengisi kad ketibaan sama ada secara fizikal atau dalam talian, sebagai langkah mengurangkan kesesakan dan memastikan proses pelepasan di kaunter imigresen berjalan lebih lancar.
Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pengisian kad secara fizikal masih diteruskan sehingga sistem digital benar-benar stabil atau untuk tempoh maksimum enam bulan, mengikut mana yang lebih awal.
"Kad ketibaan dalam talian boleh diisi melalui laman sesawang Biro Imigresen (https://boi.gov.in), laman sesawang Visa India (https://indianvisaonline.gov.in) atau menerusi aplikasi mudah alih rasmi 'Indian Visa Su Swagatam' dalam tempoh 72 jam sebelum ketibaan di India," menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook hari ini.
-- BERNAMA