[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
DUNIA

Warga Bali panik ketika gempa melanda

Azyyati Ahmad 05/08/2018 | 13:31 MYT
Sebuah ambulance dilihat berada dekat dengan Hotel Golden Palace selepas gempa melanda. - Foto Twitter
Pulau-pulau peranginan Indonesia di Bali dan Lombok digegarkan oleh gempa bumi 7 magnitud pada Ahad, menyebabkan amaran tsunami dan panik dalam kalangan pelancong dan penduduk.
Dilaporkan orang ramai keluar dari bangunan masing-masing dan berada di jalanan.
Ramai turut berkongsi saat cemas ketika gempa bumi melanda sekitar jam 6:46 petang waktu tempatan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut dilaporkan Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar Bali ditutup sementara kerana mengalami kerosakan akibat gempa tersebut.
Dari twit yang dikongsikan mereka yang berada di sana, beberapa siling dan pintu di dalam lapangan terbang berkenaan mengalami kerosakan kecil.
Bagaimanapun tiada kerosakan teruk pada struktrur bangunan.
Orang ramai yang berada di lapangan terbang berkenaan dilaporkan berkumpul di luar bangunan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Bali #gempa bumi #Indonesia #pelancong #Twitter