awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Britain, Australia belasah polis Bali hingga mati akan dibicara

Agensi
Agensi
12/10/2016
00:34 MYT
Warga Britain, Australia belasah polis Bali hingga mati akan dibicara
Taylor (diselubung) yang berdepan tuduhan membunuh dibawa anggota keselamatan di balai polis Denpasar. - Foto AFP
Seorang lelaki warga Britain dan wanita Australia yang membelasah seorang anggota polis dengan ganas hingga mati di pulau peranginan Bali, bakal berdepan perbicaraan atas dakwaan membunuh, lapor AFP.
David Taylor dan Sara Connor bakal berdepan tiga dakwaan berasingan kerana membunuh, menyeksa dan menyerang hingga menyebabkan kematian anggota polis Wayan Sudarsa, yang dipukul teruk di sebuah pantai di destinasi popular itu.
Pihak polis telah membuat persiapan akhir bagi kes itu dan bermakna perbicaraan boleh diteruskan, ujar peguam Taylor, Haposan Sihombing.
Peguam kanan di pejabat peguam daerah Denpasar, Ketut Maha Agung, juga mengesahkan perbicaraan ke atas dua pelancong itu boleh dimulakan seawal-awalnya bulan depan.
Jika disabitkan kesalahan membunuh, mereka berdua boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun. Sementara tuduhan menyerang hingga menyebabkan kematian dan penyeksaan masing-masing membawa hukuman maksimum 12 dan 7 tahun.
Taylor yang merupakan seorang deejay, memberitahu polis bahawa dia menghentak Sudarsa dengan sebuah alat teropong dalam satu insiden lewat malam di pantai Kuta.
Dia pada masa itu percaya bahawa anggota polis itu menyerang teman wanitanya, Connor, dan cuba mencuri beg wanita dari New South Wales itu.
Pihak polis pula berkata Taylor tidak dapat mengawal emosi dan terus menghentak kepala polis berkenaan berulang kali dengan botol bir. Namun, peguambela Taylor menyatakan anak guamnya terlebih dahulu ditolak anggota polis berkenaan.
Pasangan itu kemudiannya meninggalkan tempat kejadian, namun dikesan oleh pihak berkuasa berdasarkan maklumat saksi.
Bali merupakan pusat peranginan yang mempunyai tarikan budaya dan seni dari pengaruh Hindu. Jenayah kecil-kecilan adalah biasa namun kes bunuh adalah sesuatu yang mengejutkan.
Topic Berkaitan
#Australia
#Bali
#kes bunuh
#pantai Kuta
#pelancong British
#polis Bali dibunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan