Warga Indonesia yang menetap di negara ini namun belum berdaftar sebagai pemilih masih berpeluang untuk mengundi dalam Pemilihan Umum (PEMILU) Presiden Indonesia, yang akan berlangsung pada 5 Julai di sini.
Duta Besar Indonesia di Malaysia Herman Prayitno berkata warga Indonesia berkenaan boleh hadir ke pusat mengundi, sama ada di Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuala Lumpur atau Sekolah Indonesia Kuala Lumpur untuk mendaftar.
"Bagi warga Indonesia yang belum mendaftar sebab baru datang, sedang dalam perjalanan atau mungkin sedang menguruskan visa, mereka juga boleh mengundi.
"Syarat untuk bisa memilih (boleh mengundi) adalah warganegara yang pada waktu pungutan suara sudah berumur 17 tahun dan membawa bukti identitas (pengenalan) kewarganegaraan Indonesia sama ada pasport atau kad pengenalan diri," katanya dalam sidang akhbar di Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini.
Waktu pengundian pada Sabtu akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.
Sehingga kini terdapat seramai 420,643 warga Indonesia yang menetap di negara ini sudah mendaftar sebagai pemilih.Sejumlah 40 peratus daripada 126,421 pemilih dijangka mengundi di dua lokasi ditetapkan itu.
"Seramai 246,626 pemilih yang tinggal di luar wilayah Kuala Lumpur akan mengundi melalui undi pos. Pengiriman surat telah dilakukan pada 27 Jun dan paling lewat akan sampai ke alamat pemilih pada 2 Julai (hari ini).
"Bagi pemilih yang merupakan pekerja Indonesia di kilang-kilang atau ladang, mereka akan mengundi melalui sistem dropbox. Pengiriman kertas undi melalui dropbox dilakukan sejak 1 hingga 3 Julai kepada seramai 47,596 pemilih," katanya.
Pemilu Presiden penggal 2014-2019 akan berlangsung pada 9 Julai ini dan ia merupakan PEMILU ke-11 sejak republik Indonesia mencapai kemerdekaan.
Ia bakal menyaksikan pertembungan antara Prabowo Subianto dan pasangannya Hatta Rajasa yang dinamakan sebagai calon presiden dan naib presiden oleh pakatan yang diketuai Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), manakala Joko Widodo atau Jokowi dan Jusuf Kalla daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).
Herman turut meminta agar majikan Malaysia yang menggaji pekerja Indonesia memberi kebenaran kepada pekerja mereka yang ingin keluar mengundi pada 5 Julai nanti.
Bernama
Wed Jul 02 2014
HERMAN: Syarat untuk memilih ialah warganegara, berusia 17 tahun dan bukti pengenalan diri. -gambar fail
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Lawatan PM perkukuh hubungan Malaysia-Korea menjelang ulang tahun ke-65 - Duta Besar
Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Korea akan memperkukuh jalinan dua negara menjelang ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia-Korea.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Kerajaan perlu selaras elaun sara hidup pelajar Malaysia di AS - Nazri
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, perkara itu perlu dipertimbangkan supaya tiada perbezaan kadar di antara pelajar-pelajar tajaan agensi kerajaan di negara tersebut.
Dilantik sebagai duta ke AS, keutamaan Nazri bantu negara bukan kerana gaji
"Saya pun macam perdana menteri... juga saya tak perlu gaji ini. Saya adalah duit sikit."
Sah, Tajuddin Abdul Rahman dilantik Duta Besar Malaysia ke Indonesia
Ahli Parlimen Pasir Salak itu mengesahkan pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
Duta Besar cerita cabaran proses repatriasi rakyat Malaysia dari Arab Saudi
Sebanyak 11 penerbangan khas membawa pulang rakyat Malaysia dari Arab Saudi ketika pandemik COVID-19 melanda dunia sejak Mei lalu.
Muhyiddin terima kunjungan empat Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat daripada empat Duta Besar dan seorang Pesuruhjaya Tinggi yang baru dilantik.
Wisma Putra dapatkan penjelasan duta berhubung isu sumbangan Masjid Al-Aqsa
Satu pertemuan dengan Duta Besar Palestin itu telah diadakan pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan isu tersebut.
Bazaar Amal Malaysia di Jakarta tarik ribuan pengunjung
Objektif utama program itu adalah untuk tujuan amal, namun ia turut menjadi platform dalam mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan dari Malaysia.
Agensi umrah dinasihat sedia terima pelaksanaan e-visa Arab Saudi
Langkah itu dilihat tidak akan merugikan agensi pelancongan terbabit berikutan umat Islam di negara ini hanya perlu membayar RM573 (bayaran visa umrah dan muassasah), setahun.