DUNIA
Warga Israel kuasai perniagaan di Koh Phangan, penduduk tempatan bimbang
Penduduk dan pengusaha pelancongan di Koh Phangan bimbang terhadap peningkatan penglibatan warga Israel dalam perniagaan yang didakwa menjejaskan keseimbangan ekonomi dan sosial. -Gambar fail/remotelands.com
SURAT THANI: Penduduk tempatan dan pengusaha pelancongan di pulau peranginan Koh Phangan, Thailand, menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan penglibatan warga Israel dalam sektor perniagaan di pulau berkenaan, yang didakwa menjejaskan keseimbangan ekonomi dan keharmonian sosial setempat.
Ringkasan AI
Menurut laporan media tempatan, beberapa warga Israel dilapor membuka perniagaan seperti restoran, pusat yoga dan penginapan yang menyasarkan pelancong dari negara haram itu.
Sebahagian daripada perniagaan ini dikatakan beroperasi melalui pengaturan nominee, iaitu menggunakan nama rakyat Thai sebagai pemilik sah bagi mengelak sekatan undang-undang pemilikan asing.
Gabenor Surat Thani, Teeruth Supawiboonpol, telah mengadakan pertemuan dengan wakil komuniti tempatan dan pihak berkuasa pelancongan bagi membincangkan isu tersebut, termasuk dakwaan pelanggaran undang-undang pemilikan tanah serta gangguan terhadap pelancong lain.
“Pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada terdapat pelanggaran undang-undang perniagaan dan imigresen, dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti berlaku,” katanya dalam kenyataan media.
Fenomena ini turut mencetuskan perbandingan dengan insiden serupa di Pai, wilayah Mae Hong Son, awal tahun ini, apabila ketegangan antara pelancong asing dan penduduk tempatan menjadi isu nasional.
Di Koh Phangan, sebilangan penduduk mula merujuk kawasan tertentu sebagai “Tel Aviv kedua” kerana dominasi pelancong dan perniagaan yang dikendalikan warga Israel.
Kedutaan Israel di Bangkok turut mengeluarkan peringatan kepada rakyatnya agar menghormati budaya dan undang-undang tempatan serta mengelakkan tingkah laku yang boleh menimbulkan konflik.
Koh Phangan terkenal sebagai destinasi pelancongan antarabangsa, khususnya dengan acara bulanan “Full Moon Party” yang menarik ribuan pelancong dari seluruh dunia.
Namun, kebimbangan terhadap pengaruh asing yang berlebihan kini menjadi isu yang semakin mendapat perhatian pihak berkuasa dan masyarakat setempat.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Penduduk dan pengusaha pelancongan di Koh Phangan bimbang terhadap peningkatan penglibatan warga Israel dalam perniagaan yang didakwa menjejaskan keseimbangan ekonomi dan sosial
- Beberapa perniagaan dikendalikan melalui pengaturan nominee untuk elak sekatan undang-undang pemilikan asing, dan pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan pelanggaran
- Kedutaan Israel di Bangkok telah mengingatkan rakyatnya agar menghormati budaya dan undang-undang tempatan, susulan kebimbangan terhadap pengaruh asing yang berlebihan di pulau tersebut