awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup kukuh, cecah paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan
Tiada pemangkin baharu, sentimen berhati-hati asak ringgit ditutup rendah
Perselisihan faham akibat tuntutan nafkah, wanita cedera dibelasah bekas suami
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Malaysia antara ditahan dalam serbuan sauna gay Jakarta

Hakim Rahman
Hakim Rahman
09/10/2017
08:51 MYT
Warga Malaysia antara ditahan dalam serbuan sauna gay Jakarta
Pengunjung datang berpasangan tetapi ada juga yang datang seorang diri dan dikenakan bayaran 175,000 Rupiah (RM54) untuk memasuki pusat spa berkenaan. - Gambar hiasan
Warga Malaysia antara lebih 50 lelaki yang ditahan dalam serbuan pihak berkuasa di sauna gay di Jakarta, Indonesia, Jumaat lalu.
Menurut jurucakap polis, Argo Yuwono tujuh lelaki termasuk pemilik sauna dan pekerjanya didakwa mengikut undang-undang pornografi Indonesia manakala 51 lagi akan dibebaskan sekiranya mereka tidak terlibat dengan jenayah atau dadah.
"Biasanya mereka datang berpasangan tetapi ada juga yang datang seorang diri dan dikenakan bayaran 175,000 Rupiah (RM54) untuk memasuki spa berkenaan," katanya
Mereka berdepan penalti dan boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun atau denda.
Di Indonesia, hanya wilayah Aceh sahaja mengharamkan perlakuan homoseksual.
Begitupun, polis Indonesia sudahpun menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di republik itu, dan menjadikan aktiviti homoseksual sebagai satu kesalahan jenayah, dengan mengenakan dakwaan di bawah undang-undang anti-pornografi dan penyalahgunaan dadah.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mendesak Indonesia membebaskan individu yang ditahan berdasarkan orientasi seksual mereka bagi menghapuskan stigma anti-gay di negara itu.
Pada Mei lalu, polis republik itu menyerbu sebuah premis di Jakarta Utara yang menganjurkan pesta seks gay dan menahan lebih 100 orang pengunjung, termasuk dua orang rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
#gay
#Indonesia
#Jakarta
#LGBT
#sauna
#serbuan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan