awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Palestin berdepan 'perang genosid' oleh Israel - Abbas

Bernama
Bernama
01/01/2024
05:00 MYT
Warga Palestin berdepan 'perang genosid' oleh Israel - Abbas
Serangan Israel sejak 7 Okt membunuh sekurang-kurangnya 21,822 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala 56,451 lagi cedera. - Gambar/ AP
RAMALLAH: Rakyat Palestin menghadapi satu "perang genosid" di tengah-tengah serangan Israel di Semenanjung Gaza, kata Presiden Mahmoud Abbas pada Ahad.
Beliau berkata 'perang genosid' Israel itu tidak akan meruntuhkan tekad Palestin menubuhkan sebuah negara yang merdeka.
"Kami akan berpegang teguh pada tanah kami dan meneruskan perjuangan sehingga kami mencapai kemenangan dan kemerdekaan," katanya dalam ucapan sempena ulang tahun ke-59 revolusi Palestin.
Pemimpin Palestin itu menegaskan wilayah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza adalah satu unit geografi yang tidak boleh dipisahkan.
Beliau turut menggesa perang Israel di Semenanjung Gaza dihentikan dan penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah terkepung itu dipercepatkan.
"Satu-satunya cara ialah mencari penyelesaian politik berdasarkan resolusi legitimasi antarabangsa dengan mengadakan persidangan damai antarabangsa yang menamatkan pendudukan Israel di semua wilayah Negara Palestin, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya dan kepulangan pelarian mengikut Resolusi PBB 194," kata Abbas.
Menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza, serangan Israel sejak 7 Okt membunuh sekurang-kurangnya 21,822 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala 56,451 lagi cedera.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#genosid
#Mahmoud Abbas
#kekejaman israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan