SEJAK seminggu lalu arena sukan dunia hangat memperkatakan isu melibatkan pembatalan visa pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic.
Bagaimanapun, pemain warga Serbia berusia 34 tahun itu terpaksa akur selepas Hakim Mahkamah Persekutuan Australia semalam sekali lagi menolak permohonan Djokovic untuk penarikan semula visanya yang dibatalkan buat kali kedua.
Keputusan itu menyaksikan hasrat Djokovic untuk merangkul rekod Grand Slam ke-21 tidak kesampaian apabila dia diusir keluar dari Australia.
Kekalahan Djokovic dalam "pertarungan undang-undang" yang sensasi itu turut mencuri perhatian warganet, khususnya melibatkan status vaksinasi bintang sukan itu.
Semakan di laman Twitter mendapati, segelintir pengguna media sosial itu berpandangan Djokovic tidak seharusnya terlepas daripada sekatan COVID-19, yang disifatkan paling ketat dikenakan ke atas rakyat Australia.
Beberapa gambar 'meme' (gambar lucu) dimuat naik oleh warganet, seolah-olah mengejek "drama" antara Djokovic dan kerajaan Australia.
Bahkan, ada juga yang kreatif memuat naik meme gambar pemain tenis tersohor itu pada kad 'visa', sementara segelintir yang lain mempertikaikan keputusan pihak berkuasa terhadap akses ke Australia.
Selain itu, pengguna media sosial juga berpandangan apa yang berlaku terhadap pemain tenis itu adalah disebabkan tindakan Djokovic sendiri.
Pada 6 Januari lalu, sejurus ketibaannya di Lapangan Terbang Melbourne, visa Djokovic dibatalkan, mengakibatkan dia ditahan sebagai tahanan imigresen di sebuah hotel di Melbourne.
Pembatalan dibuat susulan status vaksinasinya meskipun pihak Djokovic sebelum ini sudah memohon untuk pengecualian kesihatan bagi membolehkan dia beraksi tanpa perlu divaksin.
Bagaimanapun, pada Isnin lalu, juara bertahan itu dibebaskan dari tahanan imigresen Australia serta merta selepas hakim Anthony Kelly mendapati pembatalan visa Djokovic itu sebagai tidak berasas.
Kelly juga mengarahkan agar pasport dan semua dokumen peribadi dipulangkan, sekali gus memungkinkan penyertaan Djokovic dalam Terbuka Australia 2022.
Pada sesi perbicaraan sama, peguam yang mewakili Kerajaan Persekutuan Australia menyatakan laluan buat Djokovic mungkin lebih sukar kerana Menteri Imigresen, Alex Hawke, masih memiliki kuasa untuk sekali lagi membatalkan visa Djokovic.
Hasimi Muhamad
Mon Jan 17 2022

Keputusan itu menyaksikan hasrat Djokovic untuk merangkul rekod Grand Slam ke-21 tidak kesampaian apabila dia diusir keluar dari Australia - Foto/REUTERS

AWANI Ringkas: Sabah catat peningkatan 51 kali ganda kes HFMD
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket penyamaran, SPA nafi tawar perkhidmatan berbayar untuk kemasukan
SPA menafikan penawaran perkhidmatan berbayar kepada mana-mana individu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

Terima ijazah kehormat, Taylor Swift kini bergelar Dr
Swift, 32, menerima ijazah kehormat kedoktoran seni dari Universiti New York (NYU) pada Rabu.

Bekas ADUN Melaka, Noor Effandi sertai Amanah
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), Selasa lepas.

Krisis jururawat di Johor: Tawaran gaji lumayan di Singapura tarik minat anak tempatan
Johor hadapi masalah kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat.

HFMD: Kes jangkitan meningkat enam kali ganda di Sarawak
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang menghidapi HFMD dinasihatkan supaya tidak menghantar mereka ke tadika, taska atau sekolah atau bermain dengan kanak-kanak lain semasa mereka sakit.

Sukan SEA: Prabudass tidak bertanding kerana masalah kesihatan
K. Prabudass terpaksa menarik diri atas nasihat pakar perubatan bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.

Halang kemasukan Abdul Somad: Akaun media sosial pemimpin, agensi Singapura dispam
Akaun media sosial beberapa pemimpin politik dan agensi kerajaan di Singapura telah dispam pengikut kepada seorang penceramah Indonesia yang tidak dibenarkan masuk ke Singapura pada Isnin.

Guru, murid SK Orang Kaya Muda Pakeri cemas asrama terbakar
Kebakaran melibatkan satu blok asrama yang menempatkan dua asrama lelaki dan dua asrama perempuan.

'Pilih kasut raya Cinderella' - Dulu anak kecil, kini Fatimah Omar Mukhlis makin pandai bergaya!
Paling ketara, kini Fatimah sudah mula mempamerkan sifat kegadisannya malah sudah pandai bergaya.

Terbuka Itali: Djokovic rangkul gelaran kali keenam
Dia bermain 'set yang sempurna' sebelum bangkit daripada ketinggalan pada set kedua dan memperoleh kemenangan 6-0, 7-6.

Tenis Terbuka Madrid: Zverev mara ke final
Zverez akan berdepan Carlos Alcaraz, yang menewaskan pemain nombor satu dunia Novak Djokovic sebelum ini.

Terbuka Madrid: Atasi Nadal, Alcaraz bertemu Djokovic di separuh akhir
Pemain berusia 19 tahun itu berjaya melakar kemenangan 6-2 ,1-6, 6-3 pada perlawanan di ibu negara Sepanyol itu semalam.

Djokovic teruskan kemaraan Terbuka Madrid selepas mudah atasi Monfils
Pemain Serbia itu selepas ini dijadual bertemu dengan pemenang saingan antara Andy Murray dengan Denis Shapovalov.

Djokovic masih bermotivasi walau takhta nombor satu dunia dirampas Medvedev
Tempoh 86 minggu Djokovic di kedudukan teratas ranking ATP berakhir selepas jaguh Serbia itu tewas kepada peserta daripada pusingan kelayakan, Jiri Vesely.

Tenis Dubai: Djokovic kembali ke Jelajah ATP dengan kemenangan
Pemain nombor satu dunia itu tidak pernah beraksi secara kompetitif sejak awal Disember lalu dan dihalau keluar dari Australia sehari sebelum kejohanan grand slam negara itu.

Tenis Indian Wells: Djokovic tersenarai tapi belum tentu dapat lampu hijau
Djokovic turut tersenarai untuk Terbuka Indian Wells bulan depan walaupun kejohanan itu memerlukan semua pemain mendapatkan vaksin COVID-19.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tidak divaksin, tiada Terbuka Perancis untuk Novak Djokovic - Kementerian Sukan Perancis
Kementerian itu berkata, peraturan baharu itu terpakai kepada semua individu termasuk ahli sukan profesional.

Warganet muat naik 'meme' lucu iringi kepulangan Novak Djokovic
Hakim Mahkamah Persekutuan Australia semalam menolak rayuan Novak Djokovic untuk penarikan semula visanya yang dibatalkan buat kali kedua pada Jumaat.