Wartawan Al Jazeera sudah berkali jadi sasaran tentera Israel

Agensi
Oktober 25, 2023 22:30 MYT
Laporan perang antara Palestin dan Israel oleh stesen penyiaran Al Jazeera tidak disenangi oleh Israel menyebabkan wartawan stesen penyiaran itu sering menjadi sasaram zionis berkenaan. - Gambar AP
PEMBUNUHAN ahli keluarga wartawan veteran Al Jazeera, Wael Dahdouh oleh tentera Israel merupakan peringatan bahawa bahaya menanti pengamal media yang mengadakan liputan di kawasan konflik.
Semasa tempoh perang antara Palestin dan Israel ini, sebuah bangunan diletupkan oleh tentera Israel ketika wartawan Al Jazeera, Youmna ElSayed yang sedang bersiaran secara langsung dari bandar Gaza pada 8 Oktober lalu.
Bangunan yang diletupkan itu berada di belakang ElSayed dan wartawan itu bersama krew penerbitan bernasib baik terselamat.

Watch the moment Israeli fighter jets strike Palestine Tower behind Al Jazeeras Youmna El Sayed as she reports live from Gaza pic.twitter.com/dXHVRJiCOC

— Al Jazeera English (@AJEnglish) October 7, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lima hari kemudian, dua wartawan Al Jazeera dilaporkan cedera ketika tercetus perang sempadan Lubnan-Israel, yang turut mengorbankan wartawan Reuters, Essam Abdullah.
Tidak ketinggalan, episod yang turut mencetuskan kemarahan ramai ialah apabila wartawan Al Jazeera yang disegani, Shireen Abu Akleh ditembak oleh tentera Israel ketika beliau mengadakan liputan di kem pelarian di Tebing Barat pada 11 Mei 2022.
Al Jazeera menuntut pihak yang membunuh Shireen bertanggungjawab di atas kematian wartawan berkenaan.
Setahun sebelum kematian Shireen, Israel memberikan amaran dalam waktu yang singkat sebelum mengebom pejabat operasi Al Jazeera dan Associated Press serta beberapa unit kediaman lain di bandar Gaza pada 15 Mei 2021. - Al Jazeera
#Perang Palestin-Israel #wartawan al jazeera #tentera Israel #israel serang gaza