DUNIA

Wartawan Britain sifatkan serangan terhadap pengamal media di Gaza sebagai ‘kematian kewartawanan’

Agensi 27/08/2025 | 23:40 MYT
Sejak perang Israel di Gaza bermula pada Oktober 2023, lebih 270 wartawan dilaporkan terkorban. - Foto fail/REUTERS
LONDON: Bekas hos radio LBC dari Britain, Sangita Myska menyifatkan pembunuhan wartawan Palestin di Gaza bukan sekadar tragedi individu, sebaliknya sebagai “kematian kewartawanan.”

“Jika Israel tidak dipertanggungjawabkan atas pelanggaran undang-undang antarabangsa yang sepatutnya melindungi wartawan di Gaza, ia memberi isyarat kepada dunia kami boleh dibunuh tanpa sebarang akibat hanya kerana menjalankan tugas,” katanya ketika berucap pada satu majlis berjaga anjuran cawangan freelancer Kesatuan Kebangsaan Wartawan di London.

Kenyataan itu hadir selepas serangan Israel ke atas Hospital Nasser di selatan Gaza pada Isnin yang meragut sekurang-kurangnya 21 nyawa termasuk lima wartawan.

Pertubuhan antarabangsa menyifatkan serangan itu sebagai satu tindakan menyasarkan media.

Sejak perang Israel di Gaza bermula pada Oktober 2023, lebih 270 wartawan dilaporkan terkorban. - Agensi





#Israel bunuh wartawan #kematian kewartawanan #pengamal media Gaza #wartawan Britain #Sangita Myska